
ANDA peminat buah naga? Buah tersebut tergolong dalam kategori tumbuhan pokok kaktus dan terdapat beberapa dua jenis warna isi yang dihasilkan iaitu putih dan merah dengan biji hitam kecil.
Begitu juga dengan warna kulit buah ini iaitu merah dan kuning. Kini, Malaysia menjadi antara lokasi yang subur untuk ditanam dan dijadikan industri.
Bahkan ia sudah menjadi budaya untuk dimakan bagi sesetengah individu.
Buat penggemar buah tersebut, jika anda mahu lihat kepelbagaian dan inovasi yang dibuat dihasilkan melalui buah tersebut, hadirkan diri di HL Dragorn Fruit Eco Farm yang terletak di Sepang, Selangor.
BACA LAGI: Mahu bersantai 'port best' di Mersing? Felda Residence Tanjung Leman lengkapkan percutian anda
Buah naga segar disediakan di ladang.
Mempunyai luas sebesar 1.2 hektar, kawasan yang menjadi ladang buah naga ketiga terbesar di Asia Tenggara menawarkan pelbagai jenis aktiviti dan santapan yang berasaskan buah tersebut.
Bahkan, ia menjadi pembina struktur berbentuk buah naga terbesar di Malaysia dan dicatatkan dalam Malaysia Book of Records pada 2021.
Dibuka setiap hari kecuali Rabu, bermula pukul 10.00 pagi hingga 6.00 petang, antara aktiviti menarik yang menjadi tarikan di sini ialah, menanam buah naga dan menyertai proses pendebungaan buah.
Ini termasuk lawatan sambil belajar yang dikendalikan oleh petugas di sana sambil menerokai buah yang ada di sana.
Tidak sah rasanya kalau datang tak makan buah nagakan? Tapi uniknya, bukan sahaja buah naga segar yang anda boleh rasai, terdapat sebuah restoran bertemakan buah naga.
Malahan, ia juga menjadi restoran pertama di Malaysia yang dicipta berkonsepkan buah tersebut dengan menyediakan pelbagai hidangan dan minuman kreatif.
Menu bertemakan buah naga yang ditawarkan kepada pengunjung.
Antara yang menarik ialah nasi lemak buah naga, udang bakar sos buah naga, teh buah naga dan banyak lagi. Restoran ini juga memiliki sijil halal dan berkonsepkan farm-to-table dan menyajikan menu yang unik serta estetika menarik.
Maka, buat mereka yang ‘gila’ buah naga, pastikan anda jejakkan kai ke sini untuk alami pengalaman buah naga yang luar biasa.— Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram