
PERLUMBAAN simulator utama negara bertujuan mencari pemandu maya terpantas serta memberi laluan kepada mereka untuk melangkah ke dunia sukan permotoran sebenar.
Dahulunya dikenali sebagai GT Cup Malaysia, UMW Toyota Motor dan Toyota GAZOO Racing Malaysia baru-baru ini melancarkan Toyota GR Malaysia eRacing Championship 2025 dan kini memasuki tahun kelapan penganjurannya.
Kejohanan yang anjurkan itu meneruskan misinya untuk mengetengahkan bakat pelumba maya terbaik negara dan menyediakan platform ke arah perlumbaan sebenar.
BACA LAGI: Mahu bersantai 'port best' di Mersing? Felda Residence Tanjung Leman lengkapkan percutian anda
Edisi tahun ini diperluaskan melepasi Gran Turismo yang melibatkan RaceRoom, Assetto Corsa dan iRacin.
Selaras dengan slogan “pushing the limits for better”, edisi tahun ini diperluaskan melepasi Gran Turismo yang melibatkan RaceRoom, Assetto Corsa dan iRacing. Sekali gus menjadi ujian lebih menyeluruh terhadap kemahiran dan keupayaan setiap pelumba.
Kejohanan tersebut menawarkan jumlah hadiah wang tunai sebanyak RM123,000, dibahagikan kepada tiga kategori iaitu Pro, Club dan Junior dan pencarian sebenar bakat generasi baharu perlumbaan negara.
Acara yang diadakan itu menjadi satu bukti kukuh terhadap komitmen TGR dalam membina laluan sukan permotoran yang baharu.
Dengan tiga pusingan telah selesai, 40 pemandu terbaik kini akan bersaing di suku akhir untuk memilih 20 pelumba terpantas ke separuh akhir.
Diikuti 10 pelumba terbaik seterusnya bakal berentap dalam perlawanan akhir besar yang dijadualkan berlangsung hujung tahun ini.
Seiring dengan kejohanan, TGR Malaysia eRacing Campus Tour turut dianjurkan bagi membawa keterujaan perlumbaan simulator terus ke universiti bagi mendedahkan pelajar kepada dunia teknologu sukan berkenaan.
Jelajah itu telah pun membuat beberapa persinggahan dan lebih banyak kampus bakal disinggahi sehingga Oktober.
TGR Malaysia eRacing Campus Tour beri peluang pelajar mengenali perlumbaan dalam visual maya.
Pelajar berpeluang berlumba menggunakan simulator bertaraf profesional, menyaksikan demonstrasi tayar oleh Toyo Tires, serta memenangi barangan eksklusif Toyota GAZOO Racing.
Bahkan 10 pelumba maya kampus terpantas juga akan menerima tempat automatik dalam perlawanan akhir kejohanan ini.
“Inisiatif ini lebih daripada sekadar pertandingan. Ia merupakan pengenalan menyeluruh kepada budaya sukan permotoran yang direka untuk membangkitkan semangat dan mencungkil bakat terpendam.
“Dengan memberi peluang kepada bakat dari pelbagai lapisan masyarakat, kami bukan sahaja melahirkan juara, malah membuka pintu kepada masa depan perlumbaan yang lebih inklusif,” kata Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ravindran K.
Maka, acara yang diadakan itu menjadi satu bukti kukuh terhadap komitmen TGR dalam membina laluan sukan permotoran yang menghubungkan dunia maya dengan realiti selaras dengan falsafah perlumbaan TGR serta fokusnya terhadap inovasi.— Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram