Jika Gunung Kinabalu ada porter, kini puncak Everest guna khidmat dron angkut barang


  • Hobi
  • Selasa, 02 Sep 2025

Jadi agak-agaknya berapa duit yang anda kena sediakan jika mahu menggunakan dron tersebut disana?

JIKA di Gunung Kinabalu, Sabah, perkhidmatan mengangkat barang oleh pengiring gunung yang dipanggil porter disediakan pada bila-bila masa buat mereka yang tidak mampu membawa barang yang banyak ketika mendaki.

Sudah semestinya perkhidmatan tersebut berbayar mengikut harga semasa, namun pada 2024, DJI yang dikeluarkan syarikat China telah menjalinkan kerjasama dengan perbandaran luar bandar Khumbu Pasang Lhamu, Nepal untuk menggunakan dron kargo FlyCart 30 sebagai perkhidmatan tersebut.

Tujuan asal dron tersebut adalah untuk pengurusan sisa. Selepas fasa percubaan yang berjaya pada musim bunga lalu, ia telah diserahkan secara rasmi kepada Airlift Technology.

BACA LAGI: 'Melayu itu sifatnya berkias', Bahari Asyek tekankan kehebatan, identiti dan rahsia di sebalik baju tradisi

BACA LAGI: [VIDEO] Hayati suasana seperti kepulauan Santorini di Greece versi Ipoh, Perak

 

FILED - A view of Mount Everest - with drones meaning Sherpas can now work more easily, as some of the heavy lifting is done by technology. Photo: Narendra Shahi Thakuri/dpa

Dengan dron, Sherpa kini boleh bekerja lebih mudah kerana beberapa pengangkatan berat dilakukan oleh teknologi.

Pihak majlis perbandaran juga telah menyokong operasi bersama Jawatankuasa Kawalan Pencemaran Sagarmatha (SPCC), yang bertanggungjawab menyelenggara laluan glasier Khumbu dan menguruskan sisa di Gunung Everest.

“Apabila kami menandatangani MoU dengan DJI pada tahun lepas, pengurusan sisa memang menjadi keutamaan kami. Kami mula membawa turun beratus-ratus kilogram sisa dari Everest dan Ama Dablam,” kata Datuk Bandar Khumbu Pasang Lhamu, Mingma Chhiri.

Dron yang dicipta mampu membawa sehingga 40 kilogram (kg) selama sembilan minit dalam mod bateri tunggal, atau 30kg selama 18 minit menggunakan dua bateri.

Namun begitu, prestasinya menurun dengan ketara jika berada di altitud yang lebih tinggi.

Keputusan mendapati, muatan penuh dan ketinggian operasi selamat yang telah diuji sekitar 3,000 meter, sedangkan Everest and Ama Dablam (EAD) terletak pada ketinggian 5,300 meter.

Malahan, teknologi tersebut juga telah diuji pada pendakian ketika musim bunga 2024, dron tersebut telah membawa silinder oksigen ke Kem I dan membawa turun ratusan kilogram sisa.

Dron berkenaan telah digunakan untuk memetakan kawasan Khumbu bagi membantu pencarian laluan pendaki.

Kemudian, pada bulan November dron tersebut telah berjaya membawa turun 700kg sampah dari Ama Dablam yang berketinggian 6,812 meter.

Tahun ini, dron berkenaan telah digunakan untuk memetakan kawasan Khumbu bagi membantu pencarian laluan yang akan digunakan oleh 468 pendaki berbayar, yang mencuba menawan Everest bersama pemandu mereka serta porter.

“Kini kami boleh mendapatkan peta tiga dimensi kawasan tersebut dan mengetahui di mana serta sedalam mana rekahan yang ada. Ini menjadikan kerja lebih pantas dan mudah,” kata seorang jurutera aeronautik terlatih, Maharjan.

Sejak tahun 1953 hingga 2024, terdapat 227 kematian di bahagian selatan Gunung Everest di Nepal.

Hampir satu pertiga daripada kematian itu berlaku di sekitar kawasan lereng ais dengan majoritinya melibatkan pendaki Sherpa (salah satu suku bangsa di Nepal yang hidup pegunungan ais).

“Sebelum kami memulakan kerja, kami agak bimbang. Disebabkan sifat kerja yang berbahaya, tidak ramai yang mahu bekerja di Khumbu Icefall, kawasan yang paling berbahaya di Everest. Tetapi kini Sherpa sangat gembira apabila menyerahkan tugas itu kepada dron,” ujarnya.

Selama lebih daripada satu abad, rata-rata pendaki yang mencuba menawan Everest setinggi 8,849 meter hanya bergantung kepada kaedah pengangkutan tradisional iaitu tenaga manusia dan haiwan untuk merentasi bumi pergunungan ais tersebut.

Selain daripada keldai dan porter sebagai pengangkut di kawasan lebih tinggi, yak dan dzo (sejenis lembu) akan mengambil alih tugas tersebut pada fasa awal sebelum kebanyakan beban untuk pendakian dibawa oleh porter.

Meskipun penggunaan helikopter semakin meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini, sistem pengangkutan tradisional ini masih penting sehingga hari ini.

Ia disebabkan oleh sekatan peraturan terhadap pengangkutan udara serta tentangan daripada komuniti tempatan. 

 

FILED - Drones are changing mountain climbing - helping carry some of the heavy equipment up Mount Everest - here seen among the Himalayas. Photo: Sina Schuldt/dpa

Pengendali ekspedisi amat mengalu-alukan teknologi dron untuk digunakan ketika pendakian.

Pengendali ekspedisi amat mengalu-alukan teknologi dron dengan mengatakan bahawa ia dapat mengurangkan risiko kehilangan nyawa ketika mendaki.

“Dron tidak mengambil pekerjaan Sherpa. Kami tetap membayar Sherpa dengan gaji yang sama walaupun kami menggunakan dron sebagai tambahan. Dron menjadikan kerja Sherpa lebih selamat,” kata Lukas Furtenbach, salah satu organisasi yang menanjurkan pendakian di sana di bawah Furtenbach Adventures.

Berapa harga perkhidmatan tersebut? Sekatan ini masih belum diketahui akan tetapi setiap unit dron berharga sekitar US$50,000 (RM211,650), menjadikannya terlalu mahal bagi kebanyakan agensi ekspedisi kecil.

Jadi agak-agaknya berapa bajet yang anda perlu sediakan jika mahu menggunakan dron tersebut di sana? — TheStar/DIRK GODDER dan ROSHAN SEDHAI

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram