'Nak bergambar pun lawa', pengunjung teruja keunikan Gua Sisik Naga, simbol keajaiban semula jadi batu kapur


  • Nomad
  • Selasa, 02 Sep 2025

Struktur gua memperlihatkan stalaktit dan stalagmit yang dipahat oleh alam selama ratusan ribu tahun

MALAYSIA mempunyai beberapa lokasi gua batu kapur yang terkenal dengan sejarah. Pernahkah anda mendengar sebuah gua yang diberi nama Gua Sisik Naga?Gua tersebut yang terletak di Merapoh, Kuala Lipis, Pahang, merupakan sebuah gua batu kapur dan menjadi simbol keajaiban alam batu kapur.Mungkin ramai yang tertanya-tanya apakah kisah di sebalik nama sisik naga itu. Buat makluman, nama tersebut diberikan oleh kerana guanya yang berlekuk dan berbentuk bujur di permukaan siling atau dinding atas yang menyerupai sisik naga apabila ia dilihat dari jauh.

BACA LAGI: Pentingnya kaji sebelum beli, Fakhrulrazzi gigih kumpul koleksi terhad Hot Wheels Fast & Furious

BACA LAGI: Pengalih suara percaya kartun Tarzan diadaptasi dari karya Ibnu Thufail Al Andalusi

Dinding yang menyerupai sisik naga apabila dilihat dari jauh.

 Bahkan, permukaan berkenaan dikatakan berwarna biru dan kristal apabila terkena cahaya.

 Gua tersebut tidaklah begitu sukar untuk diterokai, malahan mudah diakses. Tambah mengujakan melihat struktur stalaktit dan stalagmit yang dipahat oleh alam.

 Berdekatan gua tersebut, juga terdapat gua-gua yang berada dalam satu kawan seperti Gua Tahi Bintang dan Jinjang Pelamin.

 Menerusi hantaran TikTok Menteri Besar Pahang,  Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, mengunjungi gua tersebut merupakan satu pengalaman yang sukar dilupakan.

 Beliau yang turut serta ekspedisi masuk ke dalam gua tersebut meminta orang ramai terutamanya pencinta alam semula jadi untuk merasai pengalaman meneroka gua itu.

Antara komen pengunjung yang pernah memasuki Gua Sisik Naga.

Sementara itu, dalam hantaran video yang lain, ramai di antara mereka yang sudah berkunjung ke sana mengatakan pembentukan di dalam gua tersebut seperti dalam perut naga.

 “Sekarang makin, cantik. Siapa pasang lampu dah, jelas nampak suasana dalam dan jelas nampak seperti tulang naga,” kata pengguna TikTok @buluhruncing menerusi akaun @tourism.pahang.

 “Seriously best, sejuk saja bila masuk ke dalam. Pemandangan untuk bergambar pun dalam (gua) ini pun lawa nampak macam sisik naga,” komen seorang lagi yang pernah ke lokasi tersebut

 Gua Sisik Naga menawarkan kombinasi keindahan geologi semula jadi dan suasana serta sensasi penemuan yang unik.

 Jadi, sudahkah anda sampai ke gua ini? Rancang perjalanan anda untuk jejakkan kaki ke gua yang seakan-akan dalam perut naga.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram