Berbeza berbanding Malaysia, makin ramai pelancong antarabangsa menjauhkan diri dari 7 lokasi 'panas' termasuk Singapura


  • Nomad
  • Khamis, 04 Sep 2025

Program CopenPay di Denmark menawarkan lawatan percuma dan diskaun kepada pelancong yang menaiki kereta api ke bandar.

 

 

GELOMBANG haba yang melampau termasuk kebakaran hutan dan kelembapan udara menyesakkan perubahan industri pelancongan dunia apabila pelancong berdepan kesukaran akibat kesan perubahan iklim.

Berbeza berbanding kebanyakan pusat pelancongan di Malaysia yang mengalami musim hujan berpanjangan ketika ini, situasi itu menyebabkan semakin ramai pelancong memilih untuk mengabaikan destinasi tradisional Eropah seperti Greece dan Portugal, sebaliknya beralih kepada 'percutian sejuk' yang menawarkan cuaca lebih sederhana.

Berikut adalah lokasi bandar yang panas dan inisiatif yang dilakukan bagi mengurangkan suhu panas seterusnya menggalakkan semula sektor pelancongan negara berkenaan.

BACA LAGI: 'Melayu itu sifatnya berkias', Bahari Asyek tekankan kehebatan, identiti dan rahsia di sebalik baju tradisi

BACA LAGI: Terokai seni budaya di Festival Selangor @ Batu Laut 2025, pelbagai aktiviti menarik menanti anda!

 

Bandar Masdar berhampiran Abu Dhabi dianggap sebagai salah satu bandar paling mampan di dunia.

Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu

Abu Dhabi menggabungkan amalan tradisional dengan teknologi moden untuk menentang haba melampau yang menyaksikan suhu negara tersebut pada waktu siang hari mencecah 51.8 darjah celsius pada awal Ogos lalu.

Bandar Masdar City sudah pun menjadi salah satu bandar paling mampan di dunia, dengan sebahagian besar keperluan tenaganya dijana melalui panel solar di bumbung serta loji fotovoltaik yang mampu mengimbangi kira-kira 15,000 tan pelepasan karbon setiap tahun.

Selain teknologi canggih, Masdar turut memodenkan menara angin tradisional barjeel yang menyalurkan tiupan angin ke pusat bandar.

Jalan-jalan sempit yang berbumbung turut membantu mewujudkan iklim mikro bagi merendahkan suhu ayau sedikit sejuk berbanding kawasan sekitarnya.

Harbin, China

Ketika bandar-bandar besar di selatan China berdepan cuaca panas terik, bandar utara Harbin pula muncul sebagai destinasi percutian musim panas yang nyaman.

Terkenal dengan musim sejuk ekstrem yang boleh menjunam sehingga -25 darjah celsius, kini bandar berkenaan membawa festival ais musim sejuknya yang ikonik ke musim panas.

Taman tema musim sejuk terbesar di dunia, Harbin Ice and Snow World membolehkan pelancong berjalan di celah arca ais dalam fasiliti dalaman yang luas bersama teknologi pembuat salji canggih.

Bandar tersebut menggambarkan kesan ekonomi tidak seimbang akibat perubahan iklim yang semakin kerap dilanda gelombang haba menyebabkan kehilangan pendapatan pelancongan, manakala kawasan sejuk menikmati limpahan pengunjung.

Sapporo, Jepun

Ketika kelembapan musim panas melanda sebahagian besar Jepun dan bandar Sapporo di pulau utara Hokkaido semakin popular sebagai destinasi percutian sejuk.

Selain suhu yang lebih sederhana, strategi unik Sapporo dalam mengekang panas adalah dengan memanfaatkan sumber paling banyak dimilikinya iaitu salji.

Taman seni terkenal Moerenuma dan pusat beli-belah menggunakan salji yang disimpan sepanjang musim sejuk. Salji cair ini kemudiannya digunakan untuk menyejukkan air dalam sistem penyaman udara.

Copenhagen, Denmark

Ketika sebahagian Eropah bergolak dengan protes anti-pelancongan, Copenhagen pula memberi ganjaran kepada pengunjung yang bertindak memesrakan iklim.

Program CopenPay menawarkan lawatan percuma dan diskaun kepada pelancong yang menaiki kereta api ke bandar.

Kemudian, tinggal di sana sebagai usaha mengurangkan pelepasan karbon daripada pengangkutan yang menjadi faktor terbesar dalam impak iklim industri pelancongan.

Pada Julai lalu, bandar tersebut juga membuka kawasan renang air terbuka dengan trek sepanjang 450 meter lengkap dengan pelampung dan tali.

Ini termasuk pelan Cloudburst Management kota itu yang wujud dengan rangkaian taman dan dataran awam yang berfungsi menampung serta menyerap air hujan

Kemudian, ruang-ruang itu bertindak sebagai pusat penyejukan semula jadi, apabila air dan tumbuhan membantu menurunkan suhu.

Paris, Perancis

Baru-baru ini, Paris mengecewakan pelancong apabila menutup Menara Eiffel akibat suhu mencecah lebih 40 darjah celsius pada Ogos lalu.

Lebih 800 ‘pulau sejuk’ telah diwujudkan termasuk taman, hutan, kolam renang dan muzium bagi menentang haba yang tinggi di sana dengan menghubungkan laluan bumbung pokok untuk memberi pelancong ruang berteduh.

Selain itu, Paris memperkenalkan ‘dataran oasis’ di semua 20 bandar kecil yang dilengkapi pokok, pancuran air dan gazebo berbumbung, di samping misi menukarkan kira-kira 60,000 ruang parkir dengan pokok menjelang 2030.

 

 

Supertrees Singapura menyediakan pelbagai tujuan termasuk mengumpul air hujan dan mengawal suhu di sekitar taman.

Singapura

Supertree ikonik Singapura bukan sahaja menjadi tarikan pelancong utama, malah berfungsi sebagai 'paru-paru hijau' bandar raya itu.

Struktur konkrit setinggi 50 meter itu berfungsi sebagai kawasan untuk mengumpul air hujan manakala ekzos udara membantu mengawal suhu di kompleks Gardens by the Bay.

Selain tarikan pelancongan, Singapura turut menggunakan reka bentuk bandar yang merangkumi turapan berliang dan kawasan hijau untuk menyerap air hujan serta menyejukkan persekitaran.

Sistem Airbitat digunakan di ruang awam dan acara besar seperti Grand Prix Singapura, yang direka 80 peratus lebih cekap tenaga berbanding unit pendingin hawa biasa.

Phoenix, Arizona, Amerika Syarikat

Sebagai salah satu bandar terpanas di Amerika Syarikat, Phoenix, Arizona kini muncul sebagai peneraju global dalam penyejukan bandar.

Program Cool Pavement meliputi lebih 220 kilometer jalan raya dengan bahan berwarna cerah telah diadakan di di bandar itu yang memantulkan cahaya matahari mampu menurunkan suhu permukaan sehingga -8.8 darjah celsius.

Namun begitu, kajian menunjukkan lapisan pantulan tersebut boleh membuatkan orang yang berdiri di atas turapan terasa lebih panas.— The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram