
MELANCONG atau menjelajah dalam kalangan wanita kini semakin mendapat sambutan di Malaysia. Kini, ia tidak khusus kepada peringkat umur kerana impian untuk bercuti atau menerokai ke negara orang menjadi keinginan semua orang.
Malah, sudah terdapat banyak pakej-pakej percutian yang ditawarkan khusus untuk wanita di media sosial bagi menghidupkan lagi fenomena tersebut.
Namun, apakah wanita yang kerap mengembara ke luar negara itu ingin membuktikan sesuatu kepada orang lain? Mungkinkah mereka ingin menunjukkan bahawa mereka juga boleh berjalan-jalan tapi sebarang bimbingan dan bantuan lelaki?
BACA LAGI: Lumrahnya pelangi muncul selepas hujan, tapi Kampung Pelangi sentiasa nantikan kunjungan tetamu
Nurhidayah ketika di Island, Ireland melihat keindahan ciptaan tuhan.
Berkongsi tentang pengalaman mengembara di luar negara, Nurhidayah Hairom,37, menjadikan pengembaraan luar negara sebagai satu perkara yang bermain dengan perasaan.
Dia melihat pengembaraan luar negara wanita sama ada secara solo atau berkumpulan adalah langkah untuk dirinya keluar dari zon selesa dan melihat apa yang boleh dijadikan sebagai pengajaran di negara asing.
“Bagi saya, wanita yang menjelajah ini bukan untuk buktikan apa-apa atau kepada siapa-siapa. Ia adalah cara untuk kita keluar daripada zon selesa dan tengok dunia luar yang mungkin mundur daripada Malaysia.
“Saya faham apa yang dimaksudkan bolehkah nak travel tanpa lelaki? Ini sebenarnya merujukkan kepada kepentingan tentang keselamatan,” katanya yang bekerja di sektor swasta.
Namun, perkara tersebut tidak semestinya memerlukan lelaki dan baginya ia lebih melatih diri kita untuk mengkaji bagaimana keselamatan di luar negara.
“Tak kisahlah jelajah solo atau berkumpulan, sebenarnya mengembara dalam kumpulan wanita akan menjadikan kita lebih lebih peka dengan tahap keselamatan, sebab kita tak bergantung harap dengan orang lelaki.
“Jadi perkara ia akan membuatkan kita kaji, baca dan sebagainya tentang tempat tersebut dan tahu apa yang boleh buat, dan tak boleh buat,” ujarnya.
Puncak Da Nang membuka mata Nurhidayah dan mengakui terdapat gunung-gunung luar negara yang begitu hebat pemandangannya.
Mula menjelajah secara DIY (Do It yourself) pada 2015, wanita kelahiran Kuala Lumpur itu pernah menghadapi detik paling mencabar ketika tahun pertamanya itu, dia diuji dengan kehilangan pasport semasa menjelajah berdua dengan sahabatnya.
“Agak mencabar dan sangat panik sebenarnya, tapi kami belajar cara nak selesaikan dekat situ dengan bantuan dan rujukan laman web, hotel, balai polis sampailah ke kedutaan. Secara tidak langsung saya ada pengalaman yang sangat berharga dan dah tak takut,” katanya yang sudah menjejakkan kaki ke 15 buah negara.
Pengambaraan Nurhidayah yang berkonsepkan pendakian di Gunung Rinjani, Indonesia.
Pernah hadirkan diri kem pelarian Bangladesh, Nurhidayah meletakkan negara Malaysia sebagai lokasi yang begitu selamat dan sangat bersyukur dengan apa yang ada di tanah airnya.
“Malaysia? Kalau kita tak bersyukur lagi tak tahulah nak cakap apa. Berdasarkan pengalaman saya, negara kita jauh lebih selamat.
“Macam saya pergi ke negara yang tak selamat sebab ada banyak kes pick poket di Perancis, perasaan sentiasa berhati-hati tak pernah hilang.
“Bila baca blog-blog yang sedia ada, banyak yang pesan hati-hati dengan sindiket tersebut, saya memang baca habis-habis dan itu pentingnya membaca negara orang sebelum sampai ke sana,” jelasnya.
Contoh mudah, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pendaratan di situ tidak pernah sesekali timbul rasa risau dengan yang dekat luar negara.
Namun, kalau dekat Lapangan Terbang India sebagai contoh, jejak saja kaki di sana ada terlalu ramai orang yang menawarkan perkhidmatan pengangkutan.
“Bila kita baca pengalaman orang yang pernah hadir ke sana dekat internet, memang banyak scammer. Mereka pesan jangan naik teksi secara rawak kerana tambangnya tak munasabah.
“Situasi mereka datang dekat kita pun memang agak menakutkan, ramai-ramai serbu. Bukan saya cakap tak dekat KLIA tapi boleh kira guna jari,” terangnya.
Nurhidayah menitipkan rasa cintanya terhadap negara yang sangat tinggi apabila hadir ke negara yang mundur.
Mengulas lanjut, Nurhidayah menitipkan rasa cintanya terhadap Malaysia terutamanya apabila berkunjung ke negara yang mundur.
“Bila dapat peluang pergi luar negara syukurnya saya ini ada kampung dekat Malaysia. Sebab bila kita tengok negara orang lain, lebih-lebih lagi dengan negara mundur macam Nepal, memang pengalaman yang kita dapat itu tak ada dekat negara sendiri.
“Susahnya, peritnya memang Tuhan saja yang tahu. Makan tak payah ceritalah, Malaysia memang syurga makanan. Dekat tempat lain nak cari air bersih pun susah, memang sedih sebenarnya. Jadi bersyukurlah kita, walau di mana saja kita pergi pastikanlah pulang ke tanah air,” katanya metutup bicara.— Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram