Cuma imbas QR, saksikan pokok 'sembuh sendiri', hujan 'bunga emas' sempena Moonlit Blossom di Petaling Street sehingga Oktober


  • Nomad
  • Rabu, 03 Sep 2025

Berteraskan cahaya, set instalasi itu menayangkan perjuangan sia-sia Wu Gang, kelopak Osmanthus berguguran setiap kali kapaknya dihayunkan.

 

 

SEMPENA Pesta Pertengahan Musim Luruh, lorong Kwai Chai Hong di Petaling Street, Kuala Lumpur mempersembahkan Moonlit Blossom, iaitu sebuah instalasi (pembinaan set) yang diinspirasikan daripada legenda Wu Gang, seorang penebang kayu yang ditakdirkan untuk menghabiskan selama-lamanya di bulan.

Dihasilkan oleh pengasas bersama Kwai Chai Hong, Javier Chor, karya itu yang berlangsung sehingga 12 Oktober mentafsirkan semula kisah klasik masyarakat Cina Wu Gang yang mendambakan keabadian dan hasratnya kepada Maharaja Jade.

Namun, kerana tidak berpuas hati dengan kemalasan Wu Gang ketika menjalankan beberapa tugasan, Maharaja akhirnya menghantarnya ke bulan untuk tebang pokok osmanthus sebagai pulangan menganugerahkannya keabadian.

BACA LAGI: Seniman Kelantan temui puisi dan patriotisme di sebalik kain pelikat

BACA LAGI: 'Melayu itu sifatnya berkias', Bahari Asyek tekankan kehebatan, identiti dan rahsia di sebalik baju tradisi

 

 

Pemandangan pemasangan Festival Pertengahan Musim Luruh 2025 Kwai Chai Hong "Moonlit Blossom".

Pokok osmanthus mampu memulihkan dirinya setiap kali ditebang menjadikan usaha Wu Gang sia-sia. Dipercayai sehingga kini dikatakan dia masih berada di sana bersama kapak di tangan.

“Kisah Wu Gang mengajar kita bahawa niat tanpa tindakan adalah sia-sia. Pencerahan dan kejayaan sebenar memerlukan dedikasi, pengorbanan dan usaha. Wu Gang mahukan keabadian tanpa berusaha, jadi Maharaja Jade menghukumnya.

“Sejak membuka (Kwai Chai Hong), kami telah mementaskan kira-kira 12 instalasi. Dalam usaha menjadikan setiap satu perkara dengan lebih baik, kami hampir hilang arah tentang tujuan asal kami.

Moonlit Blossom mengingatkan kami untuk fokus dalam mencipta pengalaman yang bermakna dan inovatif,” kata seorang lagi pengasas bersama Kwai Chai Hong, Zeen Chang.

Pengalaman bermula di Jambatan Merah, bersama tanglung bunga bercahaya menerangi laluan.

Berteraskan cahaya, ia menayangkan perjuangan sia-sia Wu Gang, kelopak Osmanthus berguguran setiap kali kapaknya dihayunkan.

Satu sisi bulan menggambarkan kerja abadi Wu Gang yang menampilkan Chang’e yang anggun serta Arnab Jade yang lembut sebagai penjaga keindahan langit.

Di sekitar lorong, bunga osmanthus bersaiz besar yang bercahaya dan arnab yang mendukung kuih bulan menambahkan lagi seri.

Kwai Chai Hong turut menampilkan sentuhan digital. Dengan kerjasama Seeing Artelier, studio penceritaan digital pemenang anugerah, pasukan ini membangunkan dua penapis AR yang boleh diakses melalui TikTok.

Dengan mengimbas kod QR di lorong, pengunjung boleh menyaksikan Wu Gang menebang pokok itu tanpa henti sambil ia terus sembuh termasuk melihat kelopak emas berguguran dalam putaran berkilau.

“Kami tertarik dengan Seeing Artelier selepas kemenangan AR Fest mereka bersama mural ‘Kids Playing Marbles’. Keupayaan mereka mengubah nostalgia menjadi seni menunjukkan bahawa mereka memahami jiwa Kwai Chai Hong,” kata Chang.

Pengasas Seeing Artelier, Wong Si Ying, mengakui kerjasama ini agak mencabar pada mulanya.

“Kami bimbang tidak mampu memenuhi jangkaan, tetapi Kwai Chai Hong memberi kami begitu banyak kebebasan. Ia menjadi satu perjalanan yang amat berbaloi,” kata Ying.

“Moonlit Blossom mencerminkan semangat kami di Kwai Chai Hong, tempat di mana tradisi dan teknologi bertemu. Kami mahu memelihara keindahan sementara bunga osmanthus sambil memastikan kisah rakyat Cina terus hidup untuk generasi akan datang,” kata Chang. —The Star/HANIS MAKETAB

Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram