
BAGI mereka yang jarang menaiki kapal terbang atas tujuan kerja atau bercuti, pastinya anda memeriksa barang yang dilarang untuk dibawa naik ke dalam kenderaan tersebut.
Adakalanya perasaan risau dan gusar tidak hilang, takut-takut tidak lepas di bahagian kaunter pemeriksaan tubuh dan imbasan barang sebelum tiba di gate pelepasan.
Bahkan ada di antara kita yang periksa beg berkali-kali untuk pastikan tidak terbawa sebotol syampu bersaiz penuh atau sebotol air.
Namun, peraturan keselamatan di lapangan terbang jauh lebih ketat dan bukan sekadar barangan penjagaan diri saja. Jadi berikut adalah tujuh barang larangan menaiki pesawat yang mungkin anda tidak tahu.
BACA LAGI: Pentingnya kaji sebelum beli, Fakhrulrazzi gigih kumpul koleksi terhad Hot Wheels Fast & Furious
BACA LAGI: Pengalih suara percaya kartun Tarzan diadaptasi dari karya Ibnu Thufail Al Andalusi
1. Durian
Raja buah, durian menjadi tumpuan di Asia terutamanya Malaysia kerana memiliki industri perladangan buah tersebut.
Ada yang kata bau durian busuk dan ada yang tidak pasti baunya kuat. Inilah faktor utama sehingga bukan sahaja dilarang di dalam pesawat, malah juga di kebanyakan hotel dan pengangkutan awam.
Sesetengah syarikat penerbangan membenarkannya dalam bagasi daftar masuk dengan syarat tertentu dan bungkusan khas.
Tetapi ada juga yang masih melarang kerana terlalu menyengat dan boleh mengganggu penumpang sepanjang penerbangan.
2. Party poppers (konfeti)
Anda mungkin teruja mahu meraikan sesuatu, tetapi jangan sekali-kali membawa party poppers (konfeti). Alat kecil ini dianggap sebagai bahan letupan di bawah peraturan penerbangan walaupun jenis yang ditarik dengan tali.
Kandungannya sedikit atau banyak, serbuk letupan tetap menjadikan bahan karangan sama ada dalam bagasi kabin mahupun bagasi daftar masuk.
Ini termasuk bunga api, mercun dan seumpamanya turut berada dalam kategori larangan.
3. Makanan dalam tin
Anda mungkin fikir sebuah tin kacang panggang atau ikan tuna tidak akan menimbulkan masalah, tetapi pihak keselamatan mungkin berpendapat sebaliknya. Tin sering disekat kerana mengandungi cecair, selain logam yang akan menyukarkan pengimbasan.
Sesetengah makanan dalam tin juga mungkin melanggar had berat atau menimbulkan kebimbangan tentang kebocoran.
Walaupun secara teknikal ia dibenarkan dalam bagasi daftar masuk (bergantung pada kandungan), banyak syarikat penerbangan tidak menggalakkannya melainkan dibungkus rapi dan mematuhi had cecair.
4. Kelapa
Kelapa? Benar. Kelihatan tidak bersalah dari percutian pantai tetapi anda akan menimbulkan masalah di pemeriksaan keselamatan lapangan terbang.
Walaupun tidak secara jelas diharamkan oleh semua syarikat penerbangan, kelapa sering jatuh dalam kategori terhad kerana kandungan minyaknya yang tinggi serta berisiko bocor atau rosak.
Tambahan pula, kalau belum dibelah, ia dianggap sebagai bahaya cecair kerana adanya air di dalamnya.
Sesetengah negara juga menyekat kemasukan kelapa atas sebab pertanian yang mungkin akan dirampas oleh pihak kastam sebaik tiba.
5. Tumbuhan hidup
Terfikir mahu bawa pulang pokok hijau sebagai kenangan. Fikirkan semula, tumbuhan hidup merupakan mimpi ngeri.
Bukan sekadar tanah dan serangga, penyakit tumbuhan juga boleh tersebar. Anda mungkin dibenarkan membawa tumbuhan kecil dalam dengan sijil fitosanitari, tetapi di luar kawasan itu, pihak kastam hampir pasti akan melupuskannya.
6. Keju lembut
Keju lembut seperti brie, camembert, dan keju kambing dianggap sebagai cecair di bawah kebanyakan peraturan cecair penerbangan, jika ia boleh disapu atau separa lembut.
Jadi, kalau anda cuba membawanya dalam bagasi kabin, besar kemungkinan ia akan dirampas ketika diperiksa di bahagian keselamatan.
Keju keras seperti cheddar biasanya tiada masalah, tetapi keju lembut hanya boleh dibawa dalam bagasi daftar masuk, itu pun jika dibungkus dengan baik dan dibenarkan secara sah di negara destinasi.
7. Perhiasan snow globe
Cenderamata kecil ini sebenarnya bermasalah. Perhiasan snow globe dilarang dalam bagasi kabin kecuali ia mengandungi kurang daripada 100 mililiter cecair dan muat dalam beg plastik lutsinar untuk cecair.
Oleh sebab kandungan cecair di dalamnya tidak boleh disahkan, ia sering dirampas ketika pemeriksaan keselamatan.
Konklusinya, perkara di atas bukan sekadar ruang dalam bag tetapi tentang keselamatan kapal terbang dan penumpang lain. Jadi beringat sebelum terkena.— Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram