
SIAPA saja yang tidak teruja dengan kecomelan kucing. Kucing merupakan haiwan peliharaan yang sangat disukai oleh ramai orang sehingga sanggup menghabiskan ribuan ringgit demi memberikan keselesaan kepadanya.
Buat mereka yang ingin melihat dan membelai kucing secara terbuka dalam jumlah yang banyak, Teluk Bahang, Pulau Pinang ada jawapannya.
Cat Beach Sanctuary atau popular dipanggil Pantai Kucing menghimpun lebih kurang 300 ekor kucing jalanan yang cukup mesra dengan pengunjung.
Lokasi itu dibuka setiap hari bermula pukul 9 pagi hingga 8 malam dan masuk adalah percuma.
Bersebelahan pantai Teluk Bahang, kawasan tersebut sejak 2014 oleh seorang Nelayan tempatan dipanggil Nana Wan Chik dan melabelkan tempat tersebut sebagai no-kill sanctuary.
Malah diiktiraf oleh Cat Lovers International Society sebagai platform perlindungan, pendidikan, dan pelancongan berasaskan kucing.
Bukan sekadar kucing-kucing di sana berjalan secara bebas, terdapat juga beberapa rumah kucing yang besar untuk haiwan tersebut berehat dan bersantai.
Menariknya, lokasi itu dibuka setiap hari bermula pukul 9 pagi hingga 8 malam dan masuk adalah percuma.
Anda boleh bermain atau berinteraksi dengan kucing jinak bahkan menyertai bengkel membuat mainan atau menghias kucing di sana.
Terdapat juga ruang khusus anak kucing yang membolehkan pengunjung menyusukan susu anak-anak si comel menggunakan botol.
Respons pengunjung di ruangan komen.
Pengunjung, Intan Nurul Azila, yang pernah hadir ke sana berkongsi perasaan seronoknya bersama keluarga dan memaklumkan betapa terjaga dan bersihnya kawasan tersebut.
“Alhamdulillah, saya dah datang sini. Walaupun jauh sampai juga hajat anak-anak nak datang sini bagi makan kucing-kucing di sana. Tenang saja, sambil bagi makan meow dengan deru dan angin pantai memang seronok.
“Tempat tak berbau pun sebab kawasan terbuka. Masa datang ada nampak budak-budak mandi kat tepi pantai, anak-nanak saya pun mandi sekali walaupun tak bawa baju, memang memori yang tak dapat dilupakan,” katanya menerusi ruang komen yang juga memiliki tiga ekor kucing di rumah.
Meskipun percuma, sebagai pecinta kucing tidak salah rasanya jika anda memberi sumbang ikhlas untuk lokasi itu terus kekal dan berkembang baik.
Pengunjung dialu-alukan untuk menyumbang dengan mengimbas kod QR yang disediakan sebagai platform untuk untuk membantu membeli makanan kucing yang ada di sana.
Tambahan pula, sukarelawan juga dibuka kepada orang luar untuk mereka yang ingin berbakti kepada haiwan tersebut seperti mencuci, membina tempat dan sebagainya termasuk menyertainya secara virtual jika tidak dapat hadir secara fizikal dengan cara tersendiri.
Jadi, buat mereka yang datang ke Pulau Pinang untuk mencari makanan enak memandangkan negeri tersebut merupakan syurga makanan, lengkapkan perjalanan anda untuk singgah bermain bermain bersama kucing di sana.— Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram