
BUAT mereka yang tidak tahu hendak ke mana hujung minggu ini, apa kata hadirkan diri ke Festival Selangor @ Batu Laut 2025 yang akan berlangsung pada 5 hingga 7 September 2025 di Dataran Pantai Batu Laut, Tanjung Sepat, Selangor.
Festival anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Selangor bersama Kelab Iltizam Selangor itu menampilkan pelbagai acara berbentuk seni dan budaya yang terdapat di Selangor.
Antara aktiviti menarik yang disediakan ialah Ekstravaganza Cempuling, Fun Run & Ride, pertandingan silat, Jualan Rahmah MADANI, pasar klasik dan banyak lagi acara dan reruai yang menarik yang berlangsung selama tiga hari bermula pukul 10 pagi hingga 11 malam.
BACA LAGI: Lumrahnya pelangi muncul selepas hujan, tapi Kampung Pelangi sentiasa nantikan kunjungan tetamu
Festival berlangsung di Dataran Pantai Batu Laut, Tanjung Sepat, Selangor.
Turut memeriahkan suasana, orang ramai boleh menyaksikan persembahan dan penampilan selebriti popular tanah air seperti Ameng Spring, Betta Band, Cherpen, Rezza Shahdan banyak lagi.
Pantai Batu Laut merupakan antara lokasi santai tepi laut yang terkenal di Selangor. Alang-alang di sana, anda jangan lepaskan peluang untuk menjejakkan kaki ke Jambatan Kayu Tanjung Sepat untuk melihat panorama senja di sana.
Terdapat juga hotel dan rumah inap yang banyak di kawasan sekitarnya jika anda merancang untuk bermalam di sana selepas selesai acara tersebut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram