
SATU rangkaian baharu dalam dunia kecerdasan buatan (AI) diperkenalkan untuk merevolusikan industri pelancongan mewah global yang dikenali sebagai Pixi, dan berfungsi sebagai penasihat pelancongan mewah generasi baharu.
Menurut Pengasas bersama Pixi, Alan Ball, platform ini direka untuk mentakrifkan semula kandungan visual ditemui dan diakses dalam industri pelancongan secara global.
“Pixi ialah teknologi menembusi industri hospitaliti dan membolehkan pengguna mencari serta mendapatkan nasihat pelancongan dengan lebih mudah. Ia menawarkan akses segera kepada kandungan yang selaras dengan harga, pasaran serta perkhidmatan hotel,” jelas Ball.
BACA LAGI: Lima stesen kereta api penuh seni, sejarah luar biasa
BACA LAGI: Pengalaman luar biasa buat peminat F1, Grand Prix Plaza bangkitkan adrenalin pengunjung
Alan Ball
Walaupun masih baharu, Pixi telah menarik lebih 200 agensi pelancongan mewah dari seluruh dunia, termasuk nama-nama terkenal seperti Six Senses, The Beaumont Mayfair, Trump Hotels Global dan The Lindis Group New Zealand.
Platform ini juga bertindak sebagai pusat kawalan visual untuk jenama pelancongan mewah, membolehkan mereka menyalurkan kandungan berkualiti tinggi terus kepada penasihat pelancongan, satu ciri yang belum pernah ditawarkan oleh mana-mana platform sebelum ini.
“Imej dan video sangat berkuasa, kita semua terinspirasi daripadanya dan ingin berada di lokasi itu. Jadi kami mahu mencipta sesuatu yang membolehkan pengusaha hotel menyediakan kandungan terbaik untuk disampaikan kepada tetamu mereka melalui penasihat pelancongan,” katanya.
Melalui Pixi, penasihat pelancongan dapat mencari kandungan dengan pantas, membantu memenuhi kehendak pelancong yang cerewet atau masih ragu-ragu untuk membuat tempahan.
Mereka juga boleh mempromosikan kepakaran sendiri dengan kandungan yang sebelum ini sukar diakses.
Pengasas bersama Emma Squire pula menyatakan bahawa industri pelancongan mempunyai antara kandungan paling menarik berbanding industri lain, namun banyak daripadanya masih tersimpan dalam simpanan dalaman hotel atau tersembunyi dalam galeri media yang sukar dicapai.
“Pixi ialah pentas peragaan industri , satu peluang untuk hotel menceritakan kisah mereka, mempamerkan identiti jenama, dan mudah ditemui oleh rangkaian perdagangan global,” jelasnya.
Tambah Squire, kini merupakan masa yang paling sesuai untuk memperkenalkan teknologi ini kerana munculnya generasi baharu ejen pelancongan yang berfikiran lebih moden, serta pengusaha hotel yang semakin menyedari kepentingan digitalisasi.
Pixi kini merancang untuk memperluas jangkauannya dengan melibatkan sektor lain dalam industri pelancongan mewah, termasuk syarikat penerbangan, jet peribadi dan pelbagai perkhidmatan eksklusif lain.—Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram