Seni kaligrafi khat: Saksi kemerdekaan, warisan terus hidup


  • Relaks
  • Khamis, 07 Ogos 2025

Ikuti kisah penuh perjuangan Hazwan dalam membuka mata generasi muda terhadap tulisan khat dan Jawi dalam segmen Duduk Sembang.

TULISAN kaligrafi khat dan Jawi merupakan seni warisan dunia yang telah wujud sejak ratusan tahun dahulu.

Namun, dalam arus kemodenan dan kemajuan teknologi, perjuangan memartabatkan seni ini tetap diteruskan oleh golongan pencinta dan penggiat seni, termasuk pelukis kaligrafi Mohd Nur Hazwan Yusoff.

Berkecimpung dalam bidang ini sejak lebih 10 tahun lalu, Hazwan, 35, melihat dunia digital bukan sebagai ancaman, tetapi peluang untuk terus memperkasa tulisan khat dan Jawi.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Bukan gadis litar biasa-biasa', Maaya Orido teruskan legasi JDM

BACA LAGI: Pengalaman luar biasa buat peminat F1, Grand Prix Plaza bangkitkan adrenalin pengunjung

 

Hazwan dan sahabatnya yang juga pelukis kaligrafi, Muhammad Afifuddin Sabri (kiri) sama-sama memperjuangan seni tulisan khat dan Jawi.

“Saya membesar dalam persekitaran sekolah agama yang menggunakan Jawi sebagai tulisan rasmi.

"Sebenarnya, minat ini juga lahir daripada galakan guru-guru yang sering menyuruh saya menyertai pertandingan sempena Hari Kemerdekaan,” katanya.

Menurut  Hazwan, kemajuan teknologi dan kecerdasan buatan (AI) tidak seharusnya dilihat sebagai penghapus seni khat, sebaliknya sebagai alat bantu yang memudahkan penyampaian seni kepada generasi baharu.

“Saya tak menolak teknologi. AI pun saya guna. Malah, banyak aplikasi sekarang memudahkan penggunaan tulisan Jawi di telefon pintar,” jelasnya.

Hazwan turut mengingatkan tentang risiko lambakan hasil digital yang boleh menjejaskan nilai seni asli jika tidak dikawal.

“Kalau terlalu banyak hasil digital, nilainya akan jatuh. Karya digital mungkin tak tahan lama, paling lama 10 tahun kerana bergantung pada bahan kimia. Tapi kalau hasil tangan, ia boleh jadi legenda, contohnya, potret Mona Lisa yang kekal hingga ke hari ini,” ujarnya.

Meskipun berada dalam era moden, permintaan terhadap karya seni khat hasil tangan masih kekal utuh. Hazwan bersyukur kerana tempahan untuk karyanya tidak pernah putus sejak tahun 2013.

“Tempahan sentiasa ada. Cuma kadang-kadang banyak, kadang-kadang kurang. Tapi alhamdulillah, rezeki tetap ada,” terangnya.

 

Permintaan terhadap karya seni khat hasil tangan masih kekal utuh.

Bagi Hazwan, seni kaligrafi bukan sekadar kemahiran, tetapi satu amanah untuk terus mewariskan keindahan tulisan Jawi kepada generasi akan datang.

“Kemahiran seni tangan ini bukan semua orang ada. Saya rasa bertanggungjawab untuk berkongsi dengan orang ramai tentang keindahan tulisan khat, dan cerita di sebalik setiap karya yang dihasilkan,” kata.

Ikuti kisah penuh perjuangan Hazwan dalam membuka mata generasi muda terhadap tulisan khat dan Jawi dalam segmen Duduk Sembang di Majoriti. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram

kaligrafi, tulisan jawi, khat, seni, duduk sembang