
DI Malaysia mungkin Night of Fright yang diadakan di Sunway Lagoon merupakan acara rumah hantu yang paling popular dan ada yang mengatakan ia paling verstyle serta seram.
Bagi Deena Marzuki, 37, yang menjelajah hampir 15 negara untuk mencari taman tema, mengakui Spookers Haunted Attraction Theme Park (Spookers) di NewZealand menjadi senarai teratas rumah hantu paling seram pernah dilawatinya.
Menurutnya, Night of Fright lebih kepada hiburan namun Spookers merupakan lokasi terbaik untuk mereka yang merasakan hantu adalah perkara biasa dan tidak menyeramkan.
BACA LAGI: Sungkai bukan sekadar hutan, ini 3 tempat wajib singgah jika berkonvo
BACA LAGI: Nak lihat penanaman gaharu? Gopeng lokasi paling tepat
Salah satu sudut yang menjadi elemen kejutan buat pengunjung.
“Spookers adalah tempat untuk orang berlagak dan angkuh terhadap makhluk yang diberi nama hantu,” katanya.
Katanya, konsep hantu di Spookers bukan sekadar kemunculan zombie di zon tertentu tetapi hantu-hantu ini boleh menyentuh dan menyorokkan pengunjung.
“Ada lebih 100 jenis hantu dan banyak pintu yang boleh buat buat kita sesat kerana disorok hantau. Setiap bilik ada ‘penunggu’ dan mereka boleh menyentuh dan menarik seseorang jika anda terpisah sekejap saja dengan rakan-rakan,”ujarnya.
Deena berpendapat, Spookers tidak sesuai untuk kunjungan kanak-kanak atau warga emas.
“Budak-budak, orang dewasa ada sakit jantung jangan cuba nak masuk. Trek di dalamnya besar dan berliku-liku termasuk elemen terkejutnya, memang ekstrem,” jelasnya.
Bagaimanapun, sebagai pengembara Deena melihat tempat hiburan tersebut perlu dicuba sekali seumur hidup.
“Kumpulah duit, fly pergi ke sana. Kunjungan ke Spookers pasti jadi kenangan yang tidak dapat lupakan,” katanya.
Spookers merupakan rumah hantu hiburan paling terkenal di New Zealand dan tapaknya merupakan bekas Hospital Mental Kingseat.— Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram