
KETIKA perdebatan mengenai masa depan hak masyarakat Orang Asli di Malaysia semakin mendapat perhatian, Pesta Rimba 2025 yang berlangsung di Muzium Negara telah menyampaikan mesej penting sempena Hari Orang Asli Sedunia yang akan disambut pada 9 Ogos ini.
Pesta ini menekankan keperluan untuk memberi perhatian serius terhadap suara dan hak komuniti Orang Asli yang tinggal di dalam keindahan hutan Malaysia.
Inisiatif utama diketengahkan dalam Pesta Rimba ialah model kerangka pembangunan dipimpin komuniti menerusi Program Angkat Komuniti (Community Adoption Programme – CAP).
BACA LAGI: Pengalaman luar biasa buat peminat F1, Grand Prix Plaza bangkitkan adrenalin pengunjung
BACA LAGI: [VIDEO] Musim candat sotong di perairan Pantai Timur 'syurga' buat kaki pancing
Usaha ini yang dimulakan oleh Yayasan RYTHM sejak tiga tahun lalu kini diperluas di bawah Program Pembangunan Masyarakat Orang Asli (Indigenous People’s Development Programme – INDEP).
Pengerusi Yayasan RYTHM, Datin Seri Umayal Eswaran berkata, himpunan acara ini bukan sekadar meraikan kekayaan budaya dan warisan Orang Asli.
“Ia juga menjadi platform menyuarakan kisah serta pandangan mereka yang sering dipinggirkan. Kami komited terhadap penyelesaian jangka panjang yang dipimpin oleh komuniti sendiri, berasaskan maruah dan direka bersama Orang Asli, bukan untuk mereka semata-mata,” jelas beliau.
Persembahan tarian tradisonal Orang Asli.
Malaysia memiliki pelbagai lokasi perkampungan Orang Asli yang boleh dikunjungi untuk mengenali budaya mereka secara lebih dekat.
Suku kaum Senoi menetap di kawasan tanah tinggi dan hutan di bahagian tengah Semenanjung Malaysia, khususnya di Perak, Pahang, Selangor, dan Negeri Sembilan.
Suku kaum Senoi terkenal dengan budaya pertanian yang lestari serta sistem kepercayaan yang kaya dan diwarisi turun-temurun.
Namun, kehidupan mereka kini semakin terhimpit oleh cabaran dunia moden seperti pemodenan pesat, pembangunan tanah, dan ancaman terhadap pemeliharaan budaya warisan.— Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram