[VIDEO] 'Boleh tak buat macam Emma Maembong?' Dutch Braid gaya rambut 'pasang cabut' terbaik masa pergi konsert


Ikuti perkongsian lanjut trend rambut Dutch Braid dan cara menghasilkannya oleh Ain dalam segmen Duduk Sembang di Majoriti.

RAMBUT umpama mahkota buat golongan wanita. Penjagaan dan penggayaan seseorang itu mampu menyerlahkan lagi penampilan dan menyerikan wajah.

Dandan rambut kini menjadi trend yang cukup digemari oleh wanita tidak kira usia muda atau tua, masing-masing mempunyai cita rasa tersendiri.

Berbicara mengenai trend, sebuah ikutan terbaharu dalam dunia kecantikan dan dilihat sedang menjadi ikutan ramai iaitu gaya rambut yang dipanggil Dutch Braid.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Staycation' di tengah hutan batu, dekorasi ultra moden bagai berada di angkasa

BACA LAGI: VIDEO] 'Check out' Laman Iskandar Puteri, flora dan faunanya gamit warga kota aktif beriadah

Antara warna-warna Dutch Braid di Aen MJ Salon Muslimah.

Penata gaya dan pendandan rambut, Nur Ain Mohd Jais, melihat gelombang tersebut bermula daripada selebriti terkenal Emma Maembong yang menggayakan rambutnya seperti itu.

Trend tersebut mula menjadi perhatian Ain apabila terdapat pelanggan yang hadir ke salun kecantikan miliknya, menunjukkan gambar Emma Maembong.

“Pelanggan tu terus tunjuk gambar dan dan tanya boleh tak buat rambut macam Emma Maembong ini? Dari situ saya melihat gaya tersebut sebagai sebuah peluang dan pembukaan terbaharu dalam dunia kecantikan.

“Kemudian saya dan pekerja study, meneliti macam mana nak menghasilkan gaya dutch braid ini termasuk, mencari rambut itu sendiri yang diperbuat daripada benang khas,” katanya yang merupakan seorang usahawan dan pemilik Aen MJ Salon Muslimah yang terletak di Kajang, Selangor.

 

 

Ain bersama pasukannya serta dua cahaya mata (kiri dan kanan Ain).

Mesra dipanggil Ain, dia menekankan segala perkhidmatan yang ditawarkan di salunnya itu 100 peratus mesra Muslim termasuk gaya yang berasal daripada Afrika tersebut.

 

 

 

 

Ia mengambil masa lebih kurang satu hingga dua jam untuk menyiapkannya bergantung kepada jenis dan berapa banyak warna rambut yang diinginkan oleh pelanggan.

“Gaya rambut ini tidak mengubah struktur asal rambut. Ia hanya dipasangkan di rambut dan boleh dipasang cabut pada bila-bila masa,” ujarnya yang juga menawarkan servis rebonding, rawatan spa, keratin Brazilian, urutan dan beberapa lagi.

 

 

Penggayaan Dutch Braid boleh dibuat oleh Ain untuk pelanggan seawal usia dua tahun.

Bukan setakat masyarakat tempatan, salun yang hanya memfokuskan pelanggan wanita sahaja itu turut mendapat kunjungan pelanggan dari luar negara.

“Sampai ada pelanggan saya yang datang dari Singapura, Indonesia dan beberapa lagi datang untuk buat Dutch Braid ini.

“Saya tanya mana tahu kedai boleh buat rambut ini?. Mereka cakap jumpa dekat Tik Tok,”jelas ibu kepada tiga cahaya mata itu.

 

 

Ain menunjukkan pelbagai jenis bentuk yang ada pada gaya Dutch Braid.

Bekas graduan daripada Giat MARA kursus dandan rambut itu melihat, kebanyakan wanita yang hadir untuk mendapatkan khidmat Dutch Braid itu adalah bertujuan untuk menggayakan diri ketika hadir ke acara keraian khususnya konsert.

“Ada yang buat sebab nak pergi sambutan hari jadi kawan-kawan dan paling banyak masa ada konsert. Ramai yang nak pakai warna-warna terang neon seperti kuning, pirus, merah dan sebagainya.

“Kami juga menyediakan warna rambut asal macam hitam dan perang, ikut kehendak pelanggan masing,” jelasnya yang memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 2 dan 3.

 

 

Sentuhan Dutch Braid yang begitu bergaya dan menyerlah.

Berasal dari Kajang, Ain meletakkan visinya untuk memperluaskan lagi perkhidmatan salun mesra Muslim dalam dalam industri kecantikkan.

“Dalam industri kecantikan muslimah ini sebenarnya masih sedikit dan susah nak jumpa. Perkara ini saya sendiri yang nampak bila ibu saya yang memang akan mencari salon muslimah kalau nak buat rambut.

“Jadi, dialah yang jadi inspirasi dan penguat kepada saya supaya perniagaan orang kita dalam dunia kecantikan ini tidak dipandang sepi,” terangnya yang sudah membuka salunnya itu sejak 2019.

 

 

Aen MJ Salon Muslimah menawarkan penkhidmatan dandanan dan penggayaan rambut khusus untuk golongan wanita dan mesra Muslim.

Ikuti perkongsian lanjut trend rambut Dutch Braid dan cara menghasilkannya oleh Ain dalam segmen Duduk Sembang di Majoriti. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram