Wanita beri makan anjing sambil alun lagu Tepuk Amai-Amai, bukti haiwan berkasih sayang dengan manusia


  • Maya
  • Selasa, 13 Mei 2025

Rata-rata di ruangan komen banyak yang berkongsi pengalaman sama dan terus menyokong perbuatan baik Nurliza.

SUNGGUH menyentuh hati apabila seorang wanita dikenali sebagai Nurliza memberi makanan kepada anjing sambil menyanyikan lagu kanak-kanak Malaysia, Tepuk Amai-Amai.

Menerusi hantaran video di akaun TikTok miliknya, beliau dilihat mesra menyapa sambil memberi makan pada beberapa ekor anjing di sebuah kawasan perumahan.

Dalam pada itu, Nurliza turut menzahirkan rasa kecewa dengan tindakan sesetengah pihak yang dikatakan ingin bertindak membunuh anjing-anjing tersebut berbanding menyelamatkannya.

BACA LAGI: [VIDEO] Hobi sejak kecil bawa tuah, gubahan bunga anak jati Terengganu libatkan diri hiasi majlis kenamaan

BACA LAGI: [VIDEO] Jaga adab ketika kunjungi pameran automotif, jangan sampai calar, rosakkan jentera

Nurliza mesra menyapa sambil menyanyikan lagu Tepuk Amai-Amai sebelum memberikan makanan pada beberapa ekor anjing.

“Wahai manusia-manusia yang kejam, inikah makhluk yang korang rasa sangat bahaya pada anda? Hingga hendak jalankan tindakan membunuh, melupuskan?

”Lihatlah manusia, tak malukah anda dekat dekat haiwan ini betapa dia sungguh berkasih sayang dengan seorang manusia,” soalnya menerusi kapsyen dalam video tersebut.

Luahan Nurliza menerusi hantaran video di TikTok.

Walaupun tindakannya menerima tentangan daripada sesetengah pihak, namun beliau berpegang pada prinsip untuk terus memberi makan buat haiwan berkenaan sehingga nafas terakhir.

Situasi dalam video yang memperlihatkan Nurliza yang tidak janggal bermain sambil memberi makan anjing itu menyetuh hati warga maya.

Ramai antara penguna media sosial menyokong sikap Nurliza menyantuni haiwan terbabit.

Rata-rata di ruangan komen banyak yang berkongsi pengalaman sama dan terus menyokong inisiatif Nurliza.

“Saya kerja dekat hotel, hari-hari bawa nasi untuk kucing dan anjing jalanan,” komen seorang pengguna di media sosial.

“Masya-ALLAH teruskan sayang, teruskan mengasihi mereka, terima kasih,” balas Nurliza.

“Ada ramai Muslim yang baik. Orang macam kamu ALLAH sayang, God bless you,” komen seorang lagi warga maya berbangsa india.

Tangkap layar ruangan komen seorang pengguna media sosial yang mendoakan kesejahteraan Nurliza.

“Puan Liza, Tuhan memerhati dan tahu niat murni puan, jadi teruskan niat murni puan. Pasti Tuhan balas budi baik puan dengan limpahan pahala dan rezeki beserta kesihatan dan semoga dipermudahkan segala urusan sekeluarga," ujar sorang lagi pengguna media sosial.

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, menjaga kebajikan anjing-anjing yang jinak dan berbuat baik seperti memberi makan dan minum, merawatnya jika ia tercedera dan sebagainya adalah satu perbuatan baik yang digalakkan dalam Islam serta mendapat ganjaran di sisi ALLAH SWT.

Namun begitu, tidak diharuskan bagi seorang Muslim untuk membela sebagai haiwan peliharaan, jika tiada sebarang keperluan.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

 

 

anjing, Tik Tok, makanan, haiwan, video, warga maya