
NAMPAK cantik tapi belum tentu sedap, begitulah gambaran biasa yang kita lihat pelbagai jenis kek di kedai-kedai atau hotel terkemuka.
Namun, dalam usaha menghasilkan kek yang cantik dan sedap ia memerlukan sentuhan jiwa dan ilmu.
Mungkin ramai yang memiliki kemahiran membuat kek tetapi tidak ramai yang mampu menghasilkan kek yang disesuaikan mengikut citarasa pelanggan.
BACA LAGI: [VIDEO] 'Staycation' di tengah hutan batu, dekorasi ultra moden bagai berada di angkasa
BACA LAGI: [VIDEO] 'Kami tumpang rahmat ALLAH, Ali hadiah istimewa Hari Ibu'
Antara kek dihasilkan oleh Kak Dack.
Bermula dengan kek fondant berbentuk sarang lebah sebagai ke hari jadi anak, Nurul Hidayah Basri, 46, melihat dunia pembuatan kek amat luas dan ingin mendalami tentang pencuci mulut itu sebelum menjadi usahawan.
Mesra disapa Kak Dack, kek foundant menjadi pilihan pertamanya kerana belum popular di Malaysia dan harganya juga mahal kerana diimport dari luar negara.
“Pada tahun 2005, bila kita cakap pasal kek fondant di Malaysia semua akan terkejut sebab kek tu mahal.
“Jadi saya beli foundent yang dah siap dari Singapura yang diimport dari Amerika Syarikat. Masa itu memang nak cuba-cuba dan ada juga rasa macam jadi ke tak aku buat ni?.
“Lepas itu bila bawa dekat sekolah, cikgu-cikgu tengok mereka pun macam terkejut dan tanya macam mana nak buat kek ni?,” katanya.
Misi utama Kak Dack adalah memenuhi kehendak dan citarasa pelanggan mengikut bajet masing-masing.
Berasal dari Kuala Lumpur, Kak Dack amat mementingkan rasa dan persembahan kek supaya pelanggannya tidak faktor harga yang mahal.
“Pelanggan selalu tanya kenapa harga kek ini mahal, jadi saya terangkan kepada mereka kenapa kek ni mahal, berapa kos yang diperlukan bagi penuhi permintaan mereka.
“Biasanya saya akan tanya berapa bajet dan apa jenis kek yang mereka mahukan dari situ, saya akan buat pengiraan kos,” ujarnya
Bagi menghasilkan kek mengikut citarasa pelanggan, setiap sentuhan kek dihasilkan harus datang dari hati dan keikhlasan.
“Buat kek ni perlu datang dari hati, kalau setakat nak buat duit lebih baik buat jual beli secara online," jelasnya.
Selain membuat kek, Kak Dack yang berpengalaman lebih 10 tahun turut membuat biskut premium.
"Kek dan biskut saya sentiasa ada tempahan dan tidak hanya tertakluk pada musim perayaan dan pelanggan tidak pernah pertikaikan harga.
"Selalunya, mereka tempah untuk diberikan sebagai hadiah, majlis perkahwinan, atau majlis hari jadi," terangnya.
Kak Dack mementingkan rasa dan hiasan kek untuk nampak lebih premium.
Ikuti kisah penuh perjalanan Kak Dack dalam dunia kek dan biskutnya yang penuh dengan suka, pahit getir perjuangan dalam segmen Duduk Sembang di Majoriti.
‘Air tangan’ memerlukan usaha untuk mahir, Kak Dack didik pelanggan kenapa harga custom cake mahal. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram