[VIDEO] 'Staycation' di tengah hutan batu, dekorasi ultra moden bagai berada di angkasa


  • Relaks
  • Rabu, 07 Mei 2025

Saksikan video keunikan unit kondominium ini dalam segmen Nomad bersama Majoriti.

STAYCATION kini menjadi pilihan kebanyakan individu untuk mengeratkan hubungan sesama keluarga dan rakan-rakan. Ia adalah gabungan kata 'stay' (tinggal) dan 'vacation' (liburan). 

Segmen Nomad kali ini memperkenalkan sebuah lokasi staycation terletak di ibu negara Kuala Lumpur.

Siapa sahaja yang melalui Jalan Cheras pasti terpukau dengan sebuah kondominium StarSuiteAC@Arte  berwarna-warni dengan pancaran lampu neon beraneka warna.

BACA LAGI: [VIDEO] Memburu OOTD paling epik, jejaki lokasi 'viral' berlatar belakang panorama ibu kota

BACA LAGI: [VIDEO] 'Check out' Laman Iskandar Puteri, flora dan faunanya gamit warga kota aktif beriadah

Susun atur ruangan atas untuk bersantai berehat bersama keluarga.

Merasai staycation di StarSuiteAC@Arte umpama membawa anda mengembara ke alam angkasa dan terasa berada di awang-awangan dengan pemandangan KLCC dan Menara PNB 118.

Reka hias dalaman StarSuiteAC@Arte mendapat sentuhan moden dengan siling berhiaskan bintang, lampu neon serba kebiruan, sebuah bilik tidur yang luas, dapur dan yang paling digemari adalah bilik karaoke untuk aktiviti santai.

 StarSuiteAC@Arte ini juga dilengkapi set sofa dengan home theatre dan meja pool serta ruang bekerja.

Tangga dan ruangan bawah yang dihiasi dengan lampu neon dan siling berbintang seperti di angkasa lepas.

Pemilik StarSuiteAC@Arte, Zulkarnaen Sokarnor berkata pada awalnya unit kediaman itu dibeli untuk dijadikan rumah persinggahan atau ‘man cave’.

“Tahun pertama saya buat rumah ini untuk kawan, keluarga dan duduk percuma atas dasar ingin berkongsi kegembiraan. 

“Kemudian saya jadikan tempat klien singgah atau perbincangan tentang perniagaan saya,” katanya yang memiliki perniagaan sendiri sejak 2006.

Ruangan bilik karaoke yang dibina di dalam rumah itu sendiri.

Melihat trend perniagaan hartanah di pasaran yang makin meningkat, Zulkarnaen mula mencuba nasib menyenaikan premis ini di laman Airbnb. 

"Permintaan amat mengejutkan dalam masa 24 jam sahaja saya sudah mendapat permintaan. Semalam hanya RM350 dan pelanggan dapat menikmati penginapan mewah ini,” katanya.

Walaupun hanya terdapat sebuah bilik, namun keluasan premis ini dapat menampung 10 orang tetamu lengkap dengan kemudahan untuk bermalam.

Kawasan kolam di StarSuiteAC@Arte pada waktu petang.

Selain itu, terdapat juga kemudahan lain di StarSuiteAC@Arte seperti kolam renang, gimnasium dan taman beriadah termasuk tempat letak kereta. 

Saksikan video keunikan unit kondominium ini dalam segmen Nomad bersama Majoriti. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram