
MENERAPKAN kebersihan baik di kediaman, pejabat, premis, sekolah mahupun kawasan kejiranan adalah tanggungjawab bersama tanpa mengira usia, status dan latar belakang.
Persekitaran yang bersih bukan sahaja menyuntik suasana nyaman dan kondusif, bahkan komuniti dapat menikmati kehidupan harmoni.
Justeru, bagi memastikan kebersihan terjaga secara keseluruhan, maka sistem pengurusan sisa dan sampah perlu dikenalikan sebik-baiknya.
BACA LAGI: [VIDEO] Kek 'home made' Kak Dack punya aura air tangan magis, lebih premium
BACA LAGI: [VIDEO] Berhujung minggu di Market Lane TRX, nikmati semangat budaya moden serba santai
Ikat dengan kemas sebelum dimasukkan ke dalam tong sampah dapat mengelakkan kawasan tercemar, kotor dan berselerak.
Benar, setiap lokasi mempunyai operator bertugas untuk mengutip sampah secara berjadual, tetapi masalah perlu diatasi adalah cara kita menguruskan sisa-sisa sampah berkenaan.
Sewajarnya sisa makanan, bahan buangan ataupun sisa pepejal perlu diisi di dalam beg plastik lalu diikat kemas agar tidak terburai sebelum dibuang di tong disediakan di kawasan pembuangan sampah.
Bukannya dicampak sesuka hati sehingga sisa sampah bertaburan di atas lantai. Tindakan itu bukan sahaja mengakibatkan pencemaran bau, pembiakan nyamuk dan ulat sampah serta bahkan 'menyakitkan' pandangan mata.
Sementara itu, buat anda yang mencintai alam sekitar dan kesedaran tinggi tentang kelestarian alam sekitar, sampah-sampah itu sepatutnya diasingkan mengikut kategorinya seperti sisa kaca, tin aluminium dan plastik serta kertas.
Sebagai manusia bertamadun, jangan sesekali menyusahkan operator pengurusan sisa kerana tanpa mereka kita akan hidup dalam persekitaran berbau busuk sehingga risiko terkenan jangkitan.
Tonton PSA Majoriti cara membuang sampah yang betul untuk keselesaan jiran tetangga. Mencegah lebih baik daripada mengubati.— Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram