[VIDEO] Perigi Hang Tuah simpan kisah legenda pahlawan Melayu bersihkan diri, rupanya banyak pantang larang dan mitos


  • Nomad
  • Selasa, 20 Mei 2025

Tonton video lanjut jelajah penulis di Perigi Hang Tuah dalam segmen Nomad di Majoriti

SIAPA tidak kenal dengan Hang Tuah, seorang pahlawan Melayu yang hebat dan gagah semasa pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka di abad ke-15. 

Menyingkap sejarah epik hikayat Hang Tuah, nama pahlawan Melayu itu tidak pernah mati sehingga ke hari ini, malah sarat dengan pelbagai kisah menarik yang boleh dibanggakan dalam dunia kepahlawanan Melayu termasuk peninggalan ungkapan keramat 'Takkan Melayu hilang di dunia'.

Uniknya, di Melaka, terdapat sebuah lokasi yang menjadi tarikan pelancongan terkenal dipercayai menjadi tempat persinggahan Hang Tuah untuk membersihkan diri iaitu Perigi Hang Tuah. 

BACA LAGI: [VIDEO] Obsesi Harry Potter buatkan Tun sanggup ubah suai bilik seakan sekolah Hogwarts

BACA LAGI: [VIDEO] Tasik Cermin transformasi bekas kuari kepada lokasi geopelancongan popular

 

Batu merah perigi kekal utuh menandakan perigi tersebut sudah wujud dan berusia lebih 500 tahun.

Batu merah perigi kekal utuh menandakan perigi tersebut sudah wujud dan berusia lebih 500 tahun.

Terletak di Kampung Duyong, dalam daerah Melaka Tengah Perigi Hang Tuah menyimpan 1001 kisah yang sarat dengan sejarah.

Terletak kira-kira 6.7 kilometer dari bandar Melaka, Perigi Hang Tuah yang dipercayai berusia lebih 500 tahun sentiasa dijaga rapi untuk tatapan generasi akan datang.

Mengikut kisah orang lama, perigi berkedalaman 1.8 meter itu dipercayai digali sendiri oleh Hang Tuah untuk dijadikan sumber air kepada orang kampung dan tidak pernah kering walaupun ketika musim kemarau. 

Ada juga kisah mitos yang mengatakan perigi itu dijaga oleh seekor buaya putih dan airnya boleh menyembuhkan penyakit.

Selain itu juga, ada pantang larang yang perlu diikuti oleh pengunjung, yang mana mereka dinasihatkan sentiasa menjaga adab percakapan dengan tidak mencarut kerana dikhuatiri buaya putih itu akan timbul.

Sehingga kini, perigi tersebut masih mengekalkan rupa dan bentuk asalnya dengan batu merah yang lama kekal utuh menandakan perigi tersebut sudah wujud dan berusia lebih setengah abad. 

Bagi pelancong yang mahu mandi di perigi Hang Tuah, mereka dinasihatkan berpakaian sopan dan menutup aurat.

Apa pun cerita, mitos atau perkongsian yang didengari janganlah sesekali kita taksub dengan perkara tersebut dikuatirkan jatuh fitnah dan syirik.

Tonton video lanjut Perigi Hang Tuah dalam segmen Nomad di Majoriti dan pastikan anda singgah ke tempat berkenaan jika datang ke Melaka. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, Instagram dan Telegram