Cegah konten video sarat slanga 'brain rot', elak anak-anak tutur bahasa rojak


  • Bonda
  • Isnin, 19 Mei 2025

Teknologi bukan untuk menyusahkan manusia, namun tahap kebergantungan perlu seimbang khususnya dalam kalangan kanak-kanak. — Gambar hiasan

DUNIA teknologi digital kini semakin maju dengan kecanggihan pelbagai peranti dan aplikasi.

Salah satunya media sosial yang bukan sahaja mudah diakses di hujung jari, bahkan inti pati konten bermacam-macam membuatkan ia menjadi pilihan ramai termasuk golongan kanak-kanak. 

Bagaimanapun, selain input positif disalurkan ibu bapa perlu berwaspada dengan kandungan video yang berisiko mempengaruhi pemikiran dan tingkah laku anak-anak.

BACA LAGI: Elak bungkus makanan dengan plastik, kempen BYOT galak masyarakat hidupkan kembali amalan penggunaan mangkuk tingkat

BACA LAGI: Berdiri depan pintu rumah, tak singgah lama-lama, Fila kongsi budaya raya di Guinea, suami gemar sambal ikan goreng

Difahamkan kini ramai kanak-kanak menonton video produksi negara jiran sehingga berkomunikasi menggunakan bahasa rojak.

Perkara berkenaan perlu diambil berat oleh ibu bapa supaya simptom brain rot iaitu serapan kandungan melalui visual yang tidak memberikan manfaat intelektual masuk ke dalam otak si cilik.

Seperti mana dikongsikan menerusi Facebook Kartunis Budak Kartun, yang memuat naik ilustrasi memaparkan perbualan antara ibu memberi amaran kepada anaknya yang sedang menonton video di telefon pintar.

Pun demikian, dalam paparan itu menunjukkan komunikasi dua beranak menjadi bahasa rojak apabila anak menggunakan bahasa negara jiran.

“Jika kamu sayang ibu kalian, tekan tombol ‘like’ dan bakal masuk ke syurga. Jika ‘skip’, kamu bakalan masuk ke neraka,” ujar si anak.

“Ha! Video apa itu? Sekali lagi mama tahu kamu tengok video Indo, mama denda tak boleh main tab satu minggu!,” balas si ibu dengan nada tegas.

Bahkan hantaran tersebut turut menekankan untuk mencegah perkara tersebut sebelum terlambat.

Difahamkan situasi hari ini semakin ramai kanak-kanak dikatakan menonton video produksi dari pelbagai negara yang kurang nilai intelektual sehingga bercakap menggunakan bahasa rojak. Jika tidak dibendung gusar hilang martabat bahasa ibunda kita.

“Begitu dengan content seberang, selalu ada dialog memancing anak-anak macam ni.

"Pantau dan larang konten brain rot, ia memudaratkan anak-anak jadi berhati-hatilah,” jelas hantaran tersebut di ruangan kapsyen.

Tangkap layar respond ibu bapa di ruangan komen.

Rata warga maya menyokong hantaran tersebut dan berkongsi pengalaman dalam memantau anak masing-masing ketika menggunakan platform digital.

“Banyak sangatlah konten yang pelik-pelik,” kata seorang pengguna mdeia sosial.

“Saya dah 'haramkan' terus anak-anak tengok Youtube. Alhamdulillah, mereka dengar kata,” kongsi seorang ibu di ruangan komen.

"Saya kalau rajin, unlike dan unsubscribe video tu. Anak-anak sekarang dah pandai download game macam-macam. Itu pun nasib banyak English tiada kendengaran slang (negara seberang) ,” luah seorang lagi pengikut di ruangan komen yang sama.

 

Pendapat seorang lagi di ruangan komen yang sama.

Pada masa sama, terdapat pendapat yang memaklumkan tentang keseimbangan anak-anak dalam menggunakan teknologi.

Ia bagi memberikan perkembangan otak mereka supaya cakna dengan penggunaan teknologi masa kini.

“Baik IG, Tiktok, FB semua la, pantauan ibu bapa memang perlu. Ibu bapa kena bijak kalau tak bagi anak guna teknologi langsung tak boleh juga, nanti ketinggalan zaman,” ulas seorang pengguna.

Terdahulu, Sputnik melaporkan, Oxford University Press memilih istilah slanga 'brain rot' sebagai perkataan 2024 melalui undian awam.

Ia merujuk pada konsep brain rot iaitu istilah slanga yang diterangkan dalam Kamus Oxford sebagai kemerosotan mental atau intelektual seseorang, terutamanya akibat menghabiskan terlalu banyak masa mengakses dan menyerap kandungan kurang bernilai atau tidak berkualiti dalam talian yang dianggap tidak memberikan manfaat intelektual signifikan.

Bagaimanapun, kesimpulannya, teknologi tidak pernah menyusahkan manusia. Namun, perlu diingatkan tahap kebergantungan terhadap penerapan ilmu pengetahuan dalam menggunakan teknologi canggih perlu seimbang.

Pemantauan perlu dilaksanakan terutamanya kepada anak-anak yang masih kecil agar tidak terpengaruh dengan perkara negatif. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram