[VIDEO] Obsesi Harry Potter buatkan Tun sanggup ubah suai bilik seakan sekolah Hogwarts


  • Hobi
  • Khamis, 15 Mei 2025

Ikuti video lanjut untuk menyaksikan item-item Harry Potter yang luar biasa dan lebih banyak termasuk reka bentuk bilik pameran Harry Potter milik Tun Muhamad Hizami

HADIAH buku Harry Potter: The Chamber of Secret, nukilan J K Rowling menjadi inspirasi Tun Muhamad Hizami Mohamed Hashim untuk memulakan hobi mengumpul apa sahaja yang terkait dengan dunia fantasi Harry Potter.

Sejak tahun 2008, Tun Muhamad Hizami, 35, mengumpul lebih daripada 100 koleksi watak dari filem Harry Potter yang suatu ketika dahulu pernah menjadi kegilaan pelbagai peringkat umur.

"Koleksi paling saya sayang Slytherin iaitu rumah Hogwarts, harganya memang boleh tahan tapi saya sanggup beli sebab saya memang jatuh cinta dengan dunia Harry Potter ni.

BACA LAGI: [VIDEO] Kek 'home made' Kak Dack punya aura air tangan magis, lebih premium

BACA LAGI:: [VIDEO] 'Kami tumpang rahmat ALLAH, Ali hadiah istimewa Hari Ibu'

 

Koleksi item-item Harry Potter Tun yang diletakkan di dalam almari khas.

“Walaupun novel bersiri Harry Potter ni saya dah habis baca tapi kisah-kisah dia masih hidup di seluruh dunia. Peminatnya masih belum hilang dan bertambah ramai,” katanya.

Memilih Professor Snape sebagai watak kegemaran, Tun Muhamad Hizami turut menyimpan barang vintaj seperti penyapu terbang Nimbuss 2000 yang dibeli di Switzerland.

Selain itu, dia turut memiliki set tongkat ahli sihit daripada Harry Potter, Voldemort, Hermione, Ron Weasley dan beberapa lagi koleksinya yang unik.   

Graduan Limkokwing London Campus and London Film School UK dalam jurusan Komunikasi Media ini mengakui kebanyakan barang yang dibeli amat sukar ditemui di Malaysia.

Ketaksuban Tun memiliki koleksi Harry Potter dalam pelbagai bentuk amat luar biasa.

“Saya travel hampir 22 negara untuk cari benda-benda ini. Terutamanya ketika belajar di London, merata saya berjalan untuk cari macam-macam bentuk rupa yang berkait dengan Harry Potter ini,” jelasnya.

Ketaksuban memiliki koleksi Harry Potter tidak terhenti untuk memiliki, Tun Muhamad Hizami sebaliknya sanggup mengubahsuai biliknya seakan-akan Hogwarts yang menelan belanja lebih kurang RM20,000 termasuk dinding, siling dan almari pameran. 

Semua karakter dan watak dalam Harry Potter ada di pamerkan di dalam biliknya.

Di sebalik, hobi mengumpul barangan Harry Potter ini, dia tidak terlepas dari cemuhan sesetengah individu yang mempertikaikan tindakannya menyimpan banyak boneka.

"Bercakap tentang stigma menyimpan patung dalam rumah, bagi saya ia lebih kepada tempat untuk mendapat inspirasi sebab bilik ni tempat saya buat kerja, nakkan suasana seperti Hogwarts, sebab ini jadi ruang hiburan saya saja," katanya. 

Ikuti video lanjut untuk menyaksikan item-item Harry Potter yang luar biasa dan lebih banyak termasuk reka bentuk bilik pameran Harry Potter milik Tun Muhamad Hizami dalam segmen Hobi di Majoriti. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram