Koleksi 12 cerpen papar perjuangan wanita di Selatan India menang besar pada anugerah The Booker Prizes


  • Sukses
  • Rabu, 21 Mei 2025

Ditulis dalam bahasa Kannada, buku itu dituturkan oleh kira-kira 65 juta orang terutamanya di selatan India.

PEMERKASAAN wanita kini dilihat memainkan peranan penting meliputi pelbagai aspek baik membantu pertumbungan ekonomi negara, sumbangan pada komuniti mahupun membina keluarga yang harmoni.

Setiap perjuangan itu memiliki ceritera tersendiri sehingga ada yang menyifatkan ia harus direkodkan dan dibukukan untuk menjadikan panduan, sekali gus inspirasi kepada generasi akan datang.

Inisiatif tersebut antara dilaksanakan oleh Pengarang, Banu Mushtaq, 77, merangkul kemenangan The Booker Prizes menerusi buku bertajuk Heart Lamp, mengandungi 12 cerpen yang ditulis sepanjang tempoh lebih tiga dekad.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Kami tumpang rahmat ALLAH, Ali hadiah istimewa Hari Ibu'

BACA LAGI: [VIDEO] 'Check out' Laman Iskandar Puteri, flora dan faunanya gamit warga kota aktif beriadah

Buku bertajuk Heart Lamp, mengandungi koleksi 12 cerpen ditulis oleh Banu sepanjang tempoh lebih 30 tahun.

Ia mengisahkan kehidupan harian dan perjuangan wanita serta komuniti Islam di Selatan India.

Anugerah itu diumumkan oleh penulis terlaris yang pernah disenarai panjang bagi The Booker Prizes, Max Porter, selaku pengerusi panel pada satu majlis di Tate Modern, London.

“Detik ini terasa seperti ribuan cahaya kelip-kelip menerangi langit. Singkat, gemilang dan sangat kolektif.

“Saya menerima penghormatan besar ini bukan sebagai individu, tetapi sebagai satu suara bergema bersama yang lain,” kata Banu pada majlis anugerah tersebut.

Pencapaian diraih itu merupakan pertama kali anugerah itu diberikan kepada buku koleksi cerpen.

Selain itu, penterjemah Deepa pula menjadi penterjemah India pertama dan wanita kesembilan memenangi hadiah berkenaan sejak ia diperkenalkan pada 2016.

Banu pula penulis wanita keenam dianugerahkan hadiah tersebut.

Ditulis dalam bahasa Kannada, buku itu dibaca kira-kira 65 juta orang terutamanya di Selatan India.

Porter memuji sifat radikal cerpen itu, "Cerita-cerita yang indah, sibuk, dan penuh semangat kehidupan ini lahir daripada bahasa Kannada, termasuk kekayaan luar biasa dari segi sosiopolitik dalam bahasa dan dialek lain.

“Ia menceritakan tentang kehidupan wanita, hak reproduktif, kepercayaan, kasta, kuasa dan penindasan."

LONDON, ENGLAND - MAY 18: Author Banu Mushtaq and Translator Deepa Bhasthi pose at The International Booker Prize 2025 shortlist readings event at Southbank Centre on May 18, 2025 in London, England. The winner will be announced in a ceremony on Tuesday 20th May, 2025. (Photo by Eamonn M. McCormack/Getty Images)

Banu (kiri) dan Deepa ketika menghadiri acara anugerah The Booker Prizes.

Buku tersebut menewaskan lima finalis lain dengan kandungan cerita-cerita ditulis dari 1990 hingga 2023.

Bhasthi, memilih Heart Lamp untuk dipertandingkan kerana berhasrat mengekalkan sifat pelbagai bahasa di Selatan India dalam terjemahannya.

Pengkritik menyifatkan buku berkenaan memiliki elemen lembut, gaya bahasa bersahaja dan penuh jenaka serta ulasan pedas terhadap sistem patriarki, kasta dan konservatisme agama.

Banu yang juga merupakan peguam dan aktivis itu dalam satu acara berkata, cerita-cerita itu berkisar tentang wanita agama, masyarakat dan politik menuntut ketaatan tanpa persoalan.

Menjadikan kekejaman yang tidak berperikemanusiaan dan melihat mereka sekadar golongan bawahan.

Pemenang membawa pulang trofi dan hadiah wang tunai sebanyak £50,000 (RM288,000) akan dibahagikan sama rata antara penulis dan penterjemah. — AGENSI

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram