[VIDEO] 'Check out' Laman Iskandar Puteri, flora dan faunanya gamit warga kota aktif beriadah


  • Relaks
  • Selasa, 29 Apr 2025

Di sebalik celahan kondominium mewah, tersimpan sebuah taman bertingkat di Taman Tasik Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur.

MENCARI ketenangan dalam kesibukan di kawasan urban amat diharapkan bagi setiap warga kota yang inginkan ketenangan sambil beriadah menikmati keindahan alam.

Di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang, terdapat banyak taman rekreasi yang anda boleh hadir untuk melakukan aktiviti tersebut berseorangan atau bersama keluarga tersayang.

Mungkin ramai tidak tahu disebalik celahan kondominium mewah tersimpan sebuah taman bunga bertingkat di Taman Tasik Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur.

BACA LAGI: [VIDEO] Memburu OOTD paling epik, jejaki lokasi 'viral' berlatar belakang panorama ibu kota

BACA LAGI: 'Dihina kerana tak berpelajaran', pesanan ibu jadi motivasi Azida raih Dean’s Excellence Award Universiti Columbia

Segmen Nomad kali ini ingin membawa anda ke lokasi beriadah yang sungguh istimewa untuk melakukan aktiviti riadah sambil berekreasi.

Diberi nama Laman Iskandar Puteri, pelbagai jenis bunga-bungaan yang ditanam di situ untuk orang ramai hadir melihat dan bergambar untuk dijadikan sebagai kenangan.

 

Tersergam indah bunga di lereng-lereng bertingkat tersebut yang dibina pada 2015 itu sambil orang ramai boleh bergambar atau berjogging di kawasan tersebut.

Antara jenis-jenis bunga yang ada ialah bunga raya dan aneka orkid dengan kelopak bungan yang bermacam-macam berntuk serta warna.

Bayangkan suasana hening pagi di sana bersama kicaun burung-burung yang berterbangan, pasti menyegarkan minda anda.

Antara burung-burung yang bebas berjalan dan bertebangan di kawasan tersebut.

Jika ke taman ini, tidak semestinya anda datang untuk bersenam sahaja. Di kawasan rekreasi ini terdapat sebuah kolam buatan dan anda boleh memberi ikan makan, melihat pelbagai spesies burung tak ubah seperti di luar negara.

Begitu menenangkan dan membelai jiwa yang kacau atau menghilangkan tekanan bagi yang berdepan masalah dan sibuk menguruskan hal kerja serta keluarga.

Ikuti video lanjut untuk melihat sendiri kawasan rekriasi yang mungkin biasa di dengar oleh masyarkat setempat namun, pastinya rugi jika tidak hadir sendiri ke lokasi berkenaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram