
THE Exchange TRX mengembalikan fenomena TRX Eats dengan pelbagai sajian lazat dan minuman menarik sehingga 1 Jun ini.
Buat mereka yang ingin bersantai di pusat beli-belah terkemuka itu, memperkenalkan Market Lane, sebuah hab kreatif baharu yang dinamik bahgian bawah yang mentakrifkan semula konsep runcit terbuka menerusi kreativiti, kemahiran tangan, dan komuniti.
Di Market Lane, pengunjung berpeluang menemui jenama-jenama baharu tempatan daripada penggiat seni bebas, pereka illustrator indie dan usahawan kreatif serta meneroka pelbagai budaya pop yang begitu meriah.
BACA LAGI: [VIDEO] Kek 'home made' Kak Dack punya aura air tangan magis, lebih premium
BACA LAGI:[VIDEO] 'Staycation' di tengah hutan batu, dekorasi ultra moden bagai berada di angkasa
Persembahan dan pelbagai reruai peniaga yang kendalikan oleh The Messy Club, persembahan muzik satelit oleh TONGTONG Asia memeriahkan lagi suasana di TRX.
Market Lane berubah menjadi karnival jalanan dengan persembahan secara langsung, reruai peniaga yang kendalikan oleh The Messy Club, persembahan muzik satelit oleh TONGTONG Asia, bengkel interaktif seperti pencetakan skrin sutera, pembuatan kolaj dan banyak lagi.
Sudah ‘cuci mata’, takkanlah tak isi perut pulakan? Ada banyak tempat makan yang terdapat di Market Lane antanya, Chulop untuk churros, burger mini daripada Ignition, sate ayam Jepun Momo Yakitori, teh beraroma Tearock dan bermacam-macam lagi termasuk Tucker & Co, Mittoappu & Boucake Café dan Hot Bird.
Jika anda merancang untuk ke Market Lane TRX hujung minggu ini, jom saksikan Eksplorasi@Mj, dan rancang apa yang boleh anda lakukan bersama keluarga dan teman-teman nanti. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram