Walaupun gaun mencolok mata sudah diharamkan, penampilan bintang filem di karpet merah Cannes terus menyerlah


  • Maya
  • Ahad, 25 Mei 2025

Rata-rata tetamu tampil dalam gaun potongan serba klasik dan anggun, sebagai menuruti garis panduan baharu yang telah ditetapkan oleh jawatan kuasa berkaitan.

SERING kali kita menyaksikan acara anugerah berprestij yang menonjolkan kehebatan pereka-pereka fesyen melalui kemunculan istimewa selebriti terkenal yang menyarung gaun rekaan mereka.

Kebiasaanya, pakaian yang direka dalam acara berprestij pasti terdapat elemen seksi dan terbuka untuk menyerlahkan pemakaian tersebut ketika melalui hamparan karpet merah.

BACA LAGI: Wanita beri makan anjing sambil alun lagu Tepuk Amai-Amai, bukti haiwan berkasih sayang dengan manusia

BACA LAGI: [VIDEO] Trek semakin licin akibat hujan lebat tak halang usaha tawan puncak Gunung Ledang

Bella Hadid tampil elegen dengan buasan hitam- AGENSI.

Akan tetapi, baru-baru ini ketika Festival Filem Cannes di Perancis, satu garis paduan terbaharu telah menjadi tumbukan dalam dunia fesyen.

Acara tersebut telah meletakkan syarat larangan terhadap pakaian yang terlalu terdedah dan terlalu 'besar' sehingga menggunakan terlalu banyak ruang di atas permaidani merah. 

Malah, ia bertujuan untuk memberi fokus terhadap seni dan kecantikkan pakaian yang sebenar dan bukannya semata-mata untuk menunjukkan bentuk badan yang terdedah.

Model terkenal, Bella Hadid, yang popular dengan penampilannya yang berani di permaidani merah Cannes, memilih gaun hitam yang agak sopan dengan warna rambut yang lebih perang.

Wan QianHui mengenakan gaun putih besar umpama merpati putih.

Pelakon China, Wan QianHui, pula mengenakan gaun putih besar menyerupai awan yang kelihatan seperti bebola kapas gergasi dilekatkan padanya.

Gaun besar lain dipakai oleh Aliia Roza, yang berasal dari Rusia dan menggambarkan dirinya sebagai 'agen rahsia' yang kini menjadi penceramah, jurulatih dan kolumnis fesyen.

Bagaimanapun, personaliti televisyen, Heidi Klum, sebelum ini pernah tampil dengan pakaian jarang di Cannes, mengingkari larangan tersebut dengan mengenakan gaun merah jambu dan putih yang mempunyai ekor panjang yang besar.

Gaun Alessandra Ambrosio hasil ilham Zuhair Murad.

Begitu juga gaun model Alessandra Ambrosio yang menunjukkan elemen besar terutamanya di bahagian lengannya.

Halle Berry, yang merupakan ahli juri Cannes tahun ini, menyatakan lebih awal pada hari tersebut bahawa beliau telah menukar pakaian malam pembukaannya untuk mematuhi dasar baharu Cannes itu.

"Saya terpaksa membuat perubahan. Tetapi bahagian larangan bogel itu, saya rasa ia sebenarnya satu peraturan yang baik juga”, kata Berry. — TheStar/AGENSI

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, Instagram dan Telegram