
PAMERAN automotif sering kali menjadi kegilaan peminat jentera berkuasa tinggi sama ada kereta, trak mahupun motosikal.
Namun, di sebalik keterujaan mendekati jentera-jentera pameran, tahukan kita menyentuh atau terlalu ghairah ketika mengambil foto boleh menyebabkan berlaku perkara tidak diundang seperti calar selain lekatan jari pada cermin kenderaan.
Dalam episod PSA kali ini, Majoriti ingin menasihati pengunjung agar sentiasa berwaspada dengan menjaga adab atau menghormati harta benda pempamer yang ada kalanya bernilai jutaan ringgit.
BACA LAGI: [VIDEO] Trek semakin licin akibat hujan lebat tak halang usaha tawan puncak Gunung Ledang
Antara pameran motosikal di bahagian luar acara Malaysia Auto Show 2025.
Sudahlah barang yang dipamerkan 'rare' atau jarang-jarang dijumpai, harganya pula boleh tahan mahal dan susah untuk didapati di pasaran.
Sudahnya, takut pemilik pula yang perlu menanggung kerugian akibat pengunjung yang terlalu gatal tangan atau suka membelek tak bertempat.
Tinjauan Majoriti ketika Malaysia Auto Show 2025 baru-baru ini mendapati perkara itu sememangnya berlaku lebih-lebih lagi ruang pameran dibanjiri pengunjung pelbagai lapisan umur.
Cuma mujurlah tiada sebarang kerosakan terjadi setakat ini.
Ingatlah! Hormati harta benda orang lain atau harta benda awam merupakan sifat terpuji. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram