[VIDEO] Seluruh dunia kagum, aksi sepakan penalti 'backflip' 007 Rusia cetus fenomena


  • Podium
  • Jumaat, 07 Okt 2022

Tangkap layar aksi Avdalyan ketika melakukan aksi 'backflip' sambil menjaringkan gol penalti baru-baru ini.

AKSI seorang pemain bola sepak Rusia mendapat perhatian dunia, selepas menjaringkan sepakan gol penalti sambil membuat 'backflip' secara serentak.

Norik Avdalyan, yang juga warga Armenia menjaringkan sepakan penalti ketika bermain untuk kelab Nefis Kazan FC, yang bersaing di Liga Divisyen Tiga bola sepak Rusia.

Pada mulanya, pemain berusia 26 tahun itu tidak menunjukkan sebarang petanda dia akan melakukan aksi istimewa berkenaan, sebelum berlari secara santai ke arah bola untuk melakukan sepakan.

Secara tidak disangka-sangka, aksi pemain sayap yang melakukan sepakan penalti tersebut bukan sahaja disiarkan secara langsung, malah rakan sepasukannya turut mengambil peluang merakam momen indah itu menggunakan kamera GoPro.

Tambahan pula, dia memakai jersi bernombor 007 yang signifikan dengan watak filem James Bond.

Namun, ini bukan kali pertama dia melakukan sepakan penalti secara 'backflip'.

Pada tahun 2018, Avdalyan pernah melakukan aksi sama ketika bermain untuk pasukan Rubin Kazan.

Dengan kejohanan Piala Dunia yang bakal bermula kurang daripada dua bulan lagi, mungkin sukar untuk mana-mana pemain melakukan aksi sama seperti Avdalyan di Qatar. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram