Pengurus EPL julang bintang Arsenal, mirip De Bruyne


  • Podium
  • Sabtu, 17 Sep 2022

Thomas Frank percaya Arsenal adalah salah satu pencabar kejuaraan liga musim ini. — Agensi

PENGURUS Brentford FC, Thomas Frank berkata, persembahan dan kebolehan pemain tengah Arsenal, Martin Odegaard adalah tidak jauh daripada bintang Manchester City, Kevin De Bruyne.

Pengendali kelahiran Denmark itu memuji skuad kendalian Mikel Arteta yang menampilkan prestasi cemerlang dalam pembukaan musim ini dengan berada di kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris (EPL).

"Apabila kami mengalahkan mereka musim lepas, saya berfikir Arsenal sudah cukup berbeza ketika ini tetapi, ia adalah satu kemenangan yang penting untuk Brentford apabila kami menang menentang pasukan sehebat itu.

"Tetapi, Ahad ini, saya rasa ia adalah satu pertembungan yang berbeza untuk saya serta kami secara berpasukan dan selain itu, mereka adalah pasukan yang terbaik selepas Manchester City," katanya.

Brentford bakal meneruskan kemaraan kempen mereka dengan menerima kunjungan The Gunners selepas saingan EPL dimulakan semula selepas tertangguh berikutan kemangkatan Ratu Elizabeth II.

BALTIMORE, MARYLAND - JULY 16: Martin Odegaard of Arsenal during a pre season friendly between Arsenal and Everton at M&T Bank Stadium on July 16, 2022 in Baltimore, Maryland. (Photo by Stuart MacFarlane/Arsenal FC via Getty Images)

Martin Odegaard dilantik sebagai kapten Arsenal musim ini. Agensi

Tambah Thomas, pencapaian Arsenal itu ekoran persembahan bertenaga mereka di atas padang, lebih-lebih lagi berdepan pasukan di pertengahan liga.

"Saya sudah beberapa kali menonton perlawanan mereka, tetapi saya ingat menonton aksi pembukaan musim mereka ketika menentang Crystal Palace apabila mereka menang dengan dua gol.

"Saya terkejut dengan rentak dan gaya permainan mereka kerana dalam 20 minit awal perlawanan, saya tidak lihat pemain lawan tidak berjaya mengawal bola," katanya.

Jelasnya, perkara itu adalah kerana Arsenal mempunyai barisan pemain yang baik dengan mengatakan kapten The Gunners itu adalah salah seorang pemain terbaik.

"Saya percaya dia adalah seorang pemain yang terbaik dan saya tahu, kesemua pemain yang ada sedang bertambah baik, lebih-lebih lagi kerana mereka ada pemain yang tepat.

"Saya tahu William Saliba akan kembali ke dalam skuad sementara Gabriel Jesus ialah seorang pemain baharu yang cukup-cukup berkualiti sejak ditanda tangani.

"Bagi Odegaard pula, dengan melihat cara dia bermain ketika ini, saya percaya tahapnya adalah tidak berbeza dengan tahap Kevin De Bruyne dengan The Cityzen," katanya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram