‘Tak mustahil Arsenal juara EPL’, tegas pengurus Brentford selepas dimalukan The Gunners


  • Podium
  • Isnin, 19 Sep 2022

Jesus dan Saka meraikan jaringan gol kedua Arsenal semasa membenam Brentford 3-0 dalam aksi EPL pada Ahad. — Agensi

PENGENDALI Brentford, Thomas Frank mengisytiharkan Arsenal sebagai pencabar terkuat Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menyaksikan pasukannya dimalukan oleh pendahulu EPL itu pada Ahad.

Tiga mata berharga seolah-olah sudah berada dalam genggaman Arsenal sebelum berakhir babak kedua setelah William Saliba meledakkan gol pada minit ke- 17 sementara Gabriel Jesus menggandakan kelebihan pada minit ke-28 sebelum jaringan Fábio Vieira melengkapkan kemenangan bergaya skuad pelawat.

Kemenangan The Gunners itu membolehkan skuad tersebut meraih kemenangan 3-1 ke atas Brentford sekali gus membangkitkan semula prestasi Arsenal yang sebelum ini tewas di tangan Manchester United.

Setakat ini, Arsenal telah memenangi enam daripada tujuh penampilannya di EPL dan Frank percaya skuad kendalian Arteta itu boleh melengkapkan misi mereka untuk menamatkan kemarau kejuaran EPL selama 19 tahun.

"Arsenal kini berada di puncak liga, tiada siapa boleh sangkal prestasi baik mereka itu. Melihat kepada kualiti tersebut, saya yakin tidak mustahil mereka akan juarai EPL.

"Daripada apa yang saya lihat dalam tujuh perlawanan, saya fikir mereka sangat bagus. Mereka telah menang secara adil dan saksama dalam enam perlawanan dan hanya tewas dalam satu perlawanan setakat ini," katanya.

Nwaneri mencatatkan rekod sebagai pemain termuda EPL. Agensi

Dalam pada itu, keputusan pengendali Arsenal, Mikel Arteta memberi kepercayaan kepada pemain berusia 15 tahun dan 181 hari, Ethan Nwaneri untuk membuat penampilan pertamanya bersama The Gunners dalam pertemuan itu juga menarik perhatian ramai.

Penampilan Nwaneri itu mencatatkan rekod sebagai pemain termuda EPL selepas muncul sebagai pemain gantian pada masa tambahan.

"Ia adalah perasaan yang tulus. Saya bertemu dengan Nwaneri dan sangat menyukai bakatnya. Dia berlatih beberapa kali bersama kami.

"Semalam dia terpaksa datang kerana beberapa pemain kami mengalami kecederaan, terutamanya kecederaan Martin Odegaard. Saya nekad sekiranya berpeluang, saya akan tampilkannya.

“Ini satu lagi langkah dalam karier waneri, satu lagi pengalaman. Saya rasa dia layak dapat peluang tersebut. Ini juga menghantar mesej yang sangat kuat tentang siapa kami sebagai sebuah kelab.” kata Arteta. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram