Bekas graduan akademi Man United pikul tanggungjawab baharu


  • Podium
  • Khamis, 06 Okt 2022

MU mencapai perjanjian untuk menandatangani penjaga gol Tom Heaton sebagai secara percuma pada musim panas 2021.  — Agensi

MANCHESTER United (MU) mencapai perjanjian untuk menandatangani penjaga gol Tom Heaton secara percuma pada musim panas 2021.

Perpindahan itu meningkatkan barisan penjaga gol United tetapi setakat ini khidmatnya seperti tidak diperlukan.

Heaton hanya bermain satu perlawanan kompetitif dalam jersi United sejak menyertainya, sebagai pemain gantian di sewaktu perlawanan menentang kelab Switzerland, BSC Young Boys pada Disember 2021.

Dia adalah penjaga gol pilihan ketiga United pada masa ini, selepas Martin Dubravka ditandatangani untuk menjadi pelapis utama kepada David de Gea.

Bagaimanapun, pengurus Erik ten Hag menggunakan pemain itu dengan cara lain yang mana Heaton berperanan dalam kepimpinan.

Screenshot 2022-10-06 at 8.16.58 PM

Ten Hag menggunakan pemain itu dengan cara lain yang mana Heaton berperanan dalam kepimpinan. Agensi

Laporan dalam The Telegraph mendakwa Heaton dianggap sebagai salah seorang ketua di bilik persalinan Manchester United oleh Ten Hag.

Dia adalah salah satu daripada empat pemain yang mempunyai ciri kepimpinan dan antaramya ialah kapten Harry Maguire, naib kapten Bruno Fernandes, dan rakan penjaga gol David de Gea.

Tidak mengejutkan apabila penyerang Portugal, Cristiano Ronaldo tidak tergolong dalam kumpulan pemain itu selepas dia pernah menyatakan hasrat meninggalkan kelab.

Keputusan Ten Hag untuk melibatkan bekas graduan akademi United di bawah Sir Alex Ferguson itu adalah keputusan yang bijak.

Pemain berusia 36 tahun itu adalah bekas pemain antarabangsa England, dan jika dia tidak diperlukan, Ten Hag perlu mencari jalan untuk memastikan peranannya dalam kelab.

Kontrak penjaga gol pelapis itu tamat pada penghujung musim, walaupun United mempunyai pilihan untuk melanjutkannya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram