"LIVERPOOL akan menggugurkan Mohamed Salah berikutan permulaan buruknya musim ini."
Demikian pendapat bekas penyerang Leeds United, Noel Whelan mengenai penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu itu.
Salah memulakan kesemua sembilan perlawanan EPL dan Liga Juara-Juara Eropah bersama Liverpool musim ini, serta berjaya memperoleh kemenangan kejohanan Piala Perisai Komuniti ke atas Manchester City.
Pemain itu menghasilkan empat jaringan dan empat bantuan namun dia tidak berjaya menjaringkan gol dalam lima perlawanan terakhir EPL The Reds.
"Saya menjangkakan Salah akan digugurkan tidak lama lagi dan saya tidak bermaksud dia akan menjadi pemain giliran juga," kata Whelan kepada Football Insider.
“Salah sendiri sedar bahawa dia tidak mencapai pencapaian terbaiknya.
Whelan berpendapat Salah patut direhatkan sebentar bagi mendapatkan kembali motivasi. — Agensi
“Jurgen Klopp kekalkannya (dalam kesebelasan utama) sehingga sekarang, tetapi saya fikir ia mungkin akan berubah minggu ini.
“Roberto Firmino menjaringkan gol dan bermain dengan baik, Luis Diaz adalah nama pertama dalam harapan pasukan. Diogo Jota, Darwin Nunez serta Fabio Carvalho akan berusaha keras untuk menjadi yang terbaik.
“Salah mungkin akan mendapat kebaikan jika direhatkan sebentar di bangku simpanan untuk menghidupkan semula semangat dan motivasi musim lalu. Kadang-kadang anda memerlukan sedikit ubat yang mengerikan. Dia bukan pemain cemerlang yang sama sejak Piala Negara Afrika," jelasnya.
Pretasi merudum Salah dikatakan berlaku selepas The Reds mengikat pemain itu dengan kontrak baharu pada cuti musim panas.
Pemain antarabangsa Mesir itu menandatangani perjanjian tiga tahun sehingga musim panas 2025. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram