PERMULAAN tahun baharu lazimnya menyaksikan ramai orang menetapkan pelbagai azam termasuk soal kecergasan.
Azam ini mungkin melibatkan bangun 15 minit lebih awal untuk bermeditasi, berjalan kaki setiap hari, mengamalkan pemakanan lebih sihat, memulakan program latihan kekuatan atau rutin larian, menurunkan berat badan dan sebagainya.
Oleh itu, anda perlu menilai semula cara anda mendekati azam dengan membina tabiat yang boleh disesuaikan dengan gaya hidup dan personaliti semasa anda.
BACA LAGI: Ukay Hills estet lereng bukit kontemporari, penuhi permintaan dan keperluan gaya hidup moden
BACA LAGI: Cari tempat 'countdown' Tahun Baharu 2026? Ini senarai lokasi 'hotspot' sekitar Lembah Klang

Walau apa pun yang anda lakukan, pastikan anda menarik nafas panjang sepanjang hari untuk menenangkan fikiran anda.
Jadi, jika anda bercadang untuk menetapkan dan berpegang pada azam yang untuk menyihatkan badan, berikut ialah lima tip berguna.
Mulakan secara kecil, bergerak perlahan
Elakkan menetapkan matlamat yang terlalu tinggi. Amalan bersenam setiap hari selama dua jam sebenarnya hanya membuka ruang kepada keletihan dan kegagalan.
Daripada menyasarkan untuk menamatkan larian 10 kilometer (km) dalam masa dua bulan sedangkan anda belum pernah berlari sebelum ini, baik mulakan sasaran lebih realisitik dengan berjalan kaki selama 10 minit seminggu sekali.
Apabila anda telah mencapainya dan ia terasa mudah, tambahkan lima minit lagi pada berjalan kaki anda atau tambah satu hari lagi dalam rutin tersebut.
Perkembangan secara berperingkat ini dapat mengelakkan rasa statik dan memastikan anda terus maju tanpa membebankan diri.
Cari aktiviti yang anda gemari
Senaman tidak patut menjadi satu paksaan. Ia seharusnya menjadi satu nikmat pergerakan tubuh yang menyeronokkan dan apabila anda melakukan aktiviti yang digemari, anda lebih cenderung untuk kekal melakukannya.
Aktiviti ini akan menjadi satu keseronokan jika tubuh anda terlibat dengan gerakan menari, mendaki, yoga dan bermain pickleball, serta menyelaraskan senaman dengan personaliti anda.
Bahkan, ia mampu meningkatkan kesejahteraan mental serta fizikal. Mungkin juga berkenalan dengan rakan-rakan dalam komuniti sehaluan, dan adanya seorang atau beberapa rakan untuk bersenam bersama, boleh menyuntik semangat dan lebih bermotivasi untuk bersenam.
Selitkan senaman ringkas sepanjang hari
Senaman isnek' yang singkat tetapi praktikal ini boleh disesuaikan dengan mudah dalam rutin harian anda, sekali gus membantu anda memulakan matlamat pergerakan dan menyokong kesihatan di sebalik kepadatan jadual.
Senaman mini melibatkan pemecahan satu sesi senaman yang lebih panjang yang kebiasaannya memakan masa sekitar 30 hingga 45 minit, kepada sesi-sesi pendek antara tiga hingga 15 minit yang boleh dilakukan tidak kira di mana saja.
Kajian menunjukkan bahawa mengumpul aktiviti fizikal sepanjang hari adalah sama kesannya untuk meningkatkan kesihatan dan kecergasan.
Berbanding melakukan satu sesi senaman sahaja, asalkan jumlah masa yang sama diperuntukkan, ia tidak praktikal.
Sebagai contoh, lakukan 30 saat senaman 'squat' selepas menaiki satu tingkat tangga di tempat kerja.
Waktu rehat, tetapkan jam tangan anda selama tiga minit dan lakukan set berselang-seli. Kiraan 30 saat 'squat' diikuti 30 saat angkat betis.
Kemudian kembali bekerja sebelum bos mula memerhati anda.
Fokus pada proses
Daripada menumpukan perhatian kepada hasil akhir, tetapkan tumpuan pada apa yang perlu anda lakukan untuk mencapai hasil tersebut iaitu matlamat proses.
Bagi seorang pelari, ia mungkin bermaksud memperbaiki langkah atau teknik larian, bukannya sekadar menyasarkan untuk berlari lebih laju.
Memberi fokus kepada proses memberi anda rasa kawalan dan kekuatan pada masa kini, matlamat hasil pula sebahagian besarnya berada di luar kawalan sepenuhnya.
Tidak mengapa jika terlepas satu sesi senaman
Halangan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, jadi jangan menyalahkan diri sendiri.
Anda mungkin jatuh sakit, cedera, menghadapi kecemasan keluarga, bekerja lewat atau berdepan cuaca buruk.
Terlepas satu sesi senaman tidak bermakna anda telah gagal, cuma kembali ke landasan secepat yang anda mampu.
Jika anda kehabisan semangat, komitedkan diri untuk 24 jam, perhatikan bagaimana perasaan anda dan bina semula dari situ.
Kuncinya ialah menganggap perjalanan kecergasan anda sebagai perubahan gaya hidup jangka panjang, bukan pecutan jangka pendek.
Adalah normal untuk menghadapi halangan, namun ia tidak mentakrifkan perjalanan anda.
Apa yang penting ialah bangkit setiap kali anda terjatuh dan teruskan perjalanan, seperti yang kita lakukan dalam kebanyakan aspek kehidupan.
Dengan itu, semoga kita semua dikurniakan tubuh dan minda yang lebih sihat, serta tahun yang lebih baik di hadapan. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
