Bangunkan ekosistem pembelajaran kontemporari berteras kopi dan kreativiti, Brewphoria x UniFi Mobile perkukuh reputasi UiTM


  • Massa
  • Rabu, 24 Dis 2025

Program menggalakkan pelajar digalakkan meneroka inovasi melalui aktiviti kreatif, memahami peranan teknologi dalam kehidupan seharian.

BARU-BARU ini, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi MARA (UiTM) mencipta kelainan apabila pelajar Perhubungan Awam menganjurkan program MassComm Brewphoria x UniFi Mobile.

Program tersebut menggabungkan elemen komunikasi, teknologi serta gaya hidup moden melalui medium budaya kopi sebagai simbol interaksi dan kreativiti generasi muda.

Selain itu, program tersebut menghimpunkan pelajar, pensyarah, komuniti kampus serta pemain industri kreatif dalam satu platform pembelajaran kontemporari, yang menggabungkan hiburan, pembelajaran dan pengalaman gaya hidup moden.

BACA LAGI: Bercita-cita bergelar angkasawan? Pastikan anda ikuti kursus kelangsungan hidup di laut

BACA LAGI: Bina legasi pelumba profesional, 4 pemandu pertama KRA hangatkan Skilldrvn Swift Professional Series 2026

 

 

Kolaborasi strategik turut melibatkan penyertaan pelbagai vendor kopi, matcha dan makanan yang menambah nilai pengalaman pengunjung.

Objektif lainnya, acara itu dirangka sebagai program pembelajaran tidak formal yang memberi pengalaman praktikal kepada pelajar di luar bilik kuliah.

Bahkan menampilkan gabungan aktiviti seperti UniFi Pocket Talk, Kuiz UniFi, Coffee Rave & Chill, Spill the Coffee: PahitNya!, iaitu sebuah ruang perkongsian santai, Barista Latte Art Battle dan Dance Battle.

Ini termasuk perkongsian mengenai AI bertajuk “The Future Belongs to Those Who Use AI to Dream Bigger.”

Aktiviti-aktiviti itu dirancang bagi meningkatkan kecekapan pelajar dalam komunikasi digital, pembangunan jenama, pengurusan acara, kemahiran interpersonal serta penyelesaian masalah kreatif, sejajar dengan tuntutan industri komunikasi masa kini.

Kolaborasi strategik turut melibatkan penyertaan pelbagai vendor kopi, matcha dan makanan yang menambah nilai pengalaman pengunjung.

Penyertaan vendor bukan sahaja mewujudkan suasana festival kopi, tetapi juga membuka ruang interaksi antara pelajar dan penggiat industri serta memberikan pendedahan terhadap realiti ekosistem perniagaan dan industri kreatif.

Interaksi langsung antara pelajar, pensyarah, penceramah jemputan dan pemain industri kreatif menjadikan program ini medan penting untuk pertukaran pandangan berkaitan masa depan komunikasi dan kandungan digital, perbincangan mengenai jenama, AI dan teknologi, serta pembinaan jaringan profesional.

Konsep Brewphoria mengangkat budaya kopi sebagai simbol hubungan sosial, pertukaran idea dan kreativiti generasi muda.

Melalui program tersebut, pelajar digalakkan meneroka inovasi melalui aktiviti kreatif, memahami peranan teknologi dalam kehidupan seharian, dan mempraktikkan komunikasi strategik secara hands-on.

Pengalaman menyeluruh ini menyokong pembangunan graduan yang versatil, responsif dan bersedia menghadapi cabaran dunia komunikasi moden.

Malahan, pendekatan ini memberi impak positif kepada ekosistem pembelajaran UiTM, sekali gus menyokong usaha universiti untuk melahirkan graduan komunikasi yang kompeten dan berdaya saing.

Konklusinya, program tersebut dilihat dapat mengukuhkan reputasi UiTM sebagai institusi yang inovatif dalam memperkasa proses pembelajaran abad ke-21. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram