Lampu suluh menerangi keajaiban di sebalik alam semula jadi, tapi hati-hati ular kapak aktif waktu malam


  • Hobi
  • Rabu, 17 Dis 2025

Aktiviti fotografi herpetologi  selalunya mendedahkan spesies jarang ditemui atau penyamaran yang cukup sempurna.

KESERONOKAN menerokai hutan pada waktu malam memberikan sebuah pengalaman yang berbeza dan lebih mencabar, namun adakalanya agak berbahaya.

Bagaimanapun, jika persedian keselamatan dilakukan, aktiviti menjelajah di dalam hutan pada waktu gelap akan memberikan pengalaman yang cukup menarik.

Kebanyakan orang menganggap hutan ‘tidur’ selepas gelap. Tetapi sebenarnya apabila melangkah masuk dengan lampu kepala, hutan tiba-tiba ‘bangun’ dan aktif, seolah-olah tersesat ke dalam sebuah pesta rahsia.

BACA LAGI: Pesona Dabong, miliki rahsia alam semula jadi gua batu kapur hingga denai hutan menakjubkan

BACA LAGI: Bina legasi pelumba profesional, 4 pemandu pertama KRA hangatkan Skilldrvn Swift Professional Series 2026

 

 

Cicak Pagar Taman (calotes versicolor) ialah spesis biawak biasa yang boleh ditemui di waktu malam.

 

Katak mula bersuara dari lopak yang tidak kelihatan, cicak mundul di pandangan dan bawah rimba berkilau dengan pantulan kecil apatah lagi bunyi cengkerik.

Suluhan cahaya lampu ke atas daun-daun yang gugur dan hutan hujan seolah-olah membalas pandangan anda.

Inilah dunia yang menarik orang ramai mencuba fotografi herpetologi, iaitu aktiviti mengambil gambar reptilia dan amfibia di habitat semula jadi.

Ia tidak memerlukan kecergasan luar biasa atau kepakaran mendalam, hanya kesabaran dan kepekaan terhadap perkara-perkara kecil dan tidak dijangka.

Fotografi herpetologi memaksa anda memperlahankan langkah. Daripada memerhati kanopi untuk burung enggang atau mengejar pergerakan di atas bukit yang jauh, perhatian anda akan turut tertumpu pada tanda-tanda halus.

 

Ramai jurugambar menggunakan penyebar DIY ringkas daripada plastik atau buih untuk melembutkan cahaya dan meningkatkan kedalaman imej.

 

Misalnya, kilauan kelembapan pada daun, bentuk kecil yang melengkung di ranting, atau keheningan yang tiba-tiba menandakan sesuatu sedang memerhati anda.

Malaysia sangat sesuai untuk jenis penjelajahan seperti ini. Hutan kita penuh dengan katak dan cicak skink. Selalunya spesis itu kekal tenang jika anda menghampiri dengan perlahan.

Sesetengahnya duduk begitu diam sehingga anda boleh berada betul-betul di sebelahnya, memerhati butiran yang sebelum ini tidak pernah anda perasan.

Contohnya cincin warna di dalam mata katak, bintik-bintik kecil pada kulit cicak, atau sisik halus ular kecil yang berehat dengan tenang.

 

Chasen's Pit Viper (garthius chaseni), ular berbisa gunung yang disifatkan pemalu ditemui di tanah tinggi Borneo, sering dilihat berehat dalam gegelung ketat seperti ini.

 

Anda tidak memerlukan peralatan canggih untuk bermula. Kamera asas atau telefon pintar dengan lensa makro atau mod makro sudah memadai.

Lampu suluh atau cahaya berterusan membantu menonjolkan warna yang hilang dalam kegelapan malam.

Bahkan, ramai jurugambar menggunakan penyebar DIY ringkas daripada plastik atau buih untuk melembutkan cahaya dan meningkatkan kedalaman imej.

Bagaimanapun, peralatan paling penting ialah lampu kepala. Turut sama, sepasangan kasut yang selesa dan lasak untuk mengharungi lumpur, batu dan kawasan tidak rata.

Peringatan, elakkan daripada menyentuh sebarang haiwan. Sesetengahnya beracun, menggigit jika dipegang, bahkan dipatuk ular dan semuanya lebih baik difoto di tempat mereka berada.

Menjaga habitat semula jadi bukan sahaja melindungi haiwan tetapi juga menghasilkan imej yang lebih menarik dan jujur.

Fotografi herpetologi sedang berkembang pesat di Malaysia, terutamanya di kalangan pencinta alam muda yang mahu cara santai untuk meneroka alam semula jadi.

Anda tidak perlu mengejar mamalia yang sukar ditemui atau burung yang jarang. Hanya perlu berjalan perlahan, mendengar dengan teliti dan memerhati dengan cermat.

Ramai yang terkejut terserempak dengan berapa banyak reptilia dan amfibia yang sebelum ini tidak mereka perasan.

Hobi ini mudah dimasukkan ke dalam rutin harian sesiapa sahaja. Tiada peraturan ketat dan tiada waktu khusus diperlukan.

Ia boleh dilakukan di rizab hutan berdekatan, sepanjang laluan taman atau di kawasan bandar yang berhiasan hijau.

 

Malcolm's Pit Viper (trimeresurus malcolmi), spesis viper pit hijau yang cantik dan berbisa dari Borneo.

Selagi anda peka, pasti sentiasa ada sesuatu untuk ditemui. Bagi mereka yang mahukan sedikit lebih pengembaraan, berjalan malam dibantu pemandu alam berpengalaman menawarkan satu lapisan penemuan tambahan.

Aktiviti tersebut selalunya mendedahkan spesies jarang ditemui atau penyamaran sempurna yang hampir mustahil dilihat dari mata kasar.

Meneliti tentang mikrohabitat, katak tertentu duduk selepas hujan dan cicak pula menyembunyikan diri serta ular pokok yang tidak berbahaya mungkin berehat pada malam hari.

Keistimewaan fotografi herpetologi terletak pada ketidakpastian. Setiap langkah membawa pertemuan baru, spesies yang belum pernah dilihat, atau yang biasa dilihat dalam cahaya yang baru.

Setiap penemuan kecil, senyap dan peribadi pasti memuaskan hati dan membuatkan ramai individu terus kembali. —The Star

Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram