Musim pickleball makin menggila, ketahui 10 tip berguna buat golongan 'noob'


  • Hobi
  • Sabtu, 13 Dis 2025

Kebanyakan aksi domestik pickelball membabitkan beregu, jadi menyebut "awak" atau "saya" dapat mengelakkan kekeliruan dan pelanggaran paddle menunjukkan komunikasi amat penting dalam permainan ini. — The Star/AZMAN GHANI

 

 

BERFIKIR untuk menyertai komuniti pickleball? Berikut beberapa tip untuk membantu anda bermula.

Musim pickleball masih menggila, ramai masyarakat kini mengambil perhatian untuk mencuba permainan tersebut.

Namun, mungkin juga ada yang tidak lagi berani untuk mencuba permainan tersebut kerana tidak pernah tahu bagaimana cabarannya di atas gelanggang. Jadi, ini 10 tip buat anda yang mungkin newbies.

BACA LAGI: Nak berlari tidur kena cukup, kalau tidak risiko cedera lebih parah

BACA LAGI: Sabah bina laluan pertama di Malaysia guna sisa lautan, jadi tarikan terbaharu Pulau Gaya

 

 

Kedudukan yang baik mengurangkan kesilapan, jadi kekal ringan pada jari kaki anda. — The Star/AZMAN GHANI

 

 

Pelajari asas secara perlahan

Pickleball mempunyai peraturan dan istilah tersendiri seperti double-bounce dan kitchen. Jangan tergesa-gesa, anda akan memahaminya seiring dengan permainan. Fahami peralatan dan cara permainan.

Utamakan kawalan berbanding kuasa pukulan

Untuk pukulan yang lancar dan tepat mampu meraih lebih banyak mata berbanding smash yang kuat umpama tenis.

Jadi, jangan gopoh dan terburu-buru kerana ia bukan saja menjadi permainan sukar malah berisiko untuk berlaku kecederaan.

Pastikan paddle sentiasa di posisi atas

Memegang paddle pada paras dada membantu anda bertindak lebih pantas, terutama ketika pertukaran pukulan pantas berhampiran jaring. Pasti bola anda akan memberikan mata.

Lakukan servis yang dalam dan konsisten

Servis yang baik ke bahagian belakang gelanggang akan memberi tekanan awal kepada lawan. Ini adalah teknik dan taktik yang perlu dipelajari.

Gerakkan kaki anda

Kedudukan yang baik mengurangkan kesilapan. Kekal ringan di hujung jari kaki, bukan berpijak penuh. Pastikan pakai kasut supaya kaku atau buku lali tidak terseliuh.

Latih pukulan dink

Pukulan lembut di garisan kitchen dapat memperlahankan rali yang pantas dan membantu anda mengawal semula permainan.

Berkomunikasi dengan rakan sepasukan

Kebanyakan aksi domestik pickleball adalah beregu, jadi menyebut “awak” atau “saya” dapat mengelakkan kekeliruan dan pelanggaran paddle menunjukkan komunikasi amat penting dalam permainan ini.

Jangan berdiri di atas garisan kitchen

Kekal sedikit di belakangnya untuk mengelakkan kesalahan pijakan dan memberi lebih ruang untuk bergerak, jadi pergerakan permainan pasti lincah.

Mulakan dengan peralatan mampu milik

Paddle yang baik dan kasut gelanggang yang sesuai untuk melindungi buku lali lebih penting daripada peralatan mahal.

Kekalkan keseronokan

Pickleball di Malaysia berkembang atas semangat kebersamaan. Bertenang, ketawa dan nikmati proses pembelajaran.

Jadi apa tunggu lagi? Ayuh mulakan langkah untuk bersukan bersama pickleball sebagai salah satu senarai permainan harian atau mingguan anda. — The Star/MING TEOH

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram