Penuh kilauan dan pesona cahaya, rakamkan bibit-bibit indah menjelang sambutan tahun baharu


  • Nomad
  • Ahad, 30 Nov 2025

Festival ini bukan sekadar hiburan, ia juga membawa mesej penting iaitu mengajak masyarakat untuk lebih prihatin terhadap bumi.

SUDAH bersedia untuk menyambut tahun baharu 2026? ParkCity Year-End Light Festival kembali semula menyambut kedatangan anda untuk memeriahkan saat-saat akhir 2025.

Bermula pada 28 November 2025 dan berterusan sehingga 4 Januari 2026, festival tersebut diadakan pada waktu malam setiap hari minggu, dari kira-kira 3 petang hingga 11 malam setiap hujung minggu.

Aktiviti utama di sini sudah semestinya cahaya lampu-lampu yang bukan sekadar menyala di dalam gemerlapan, ia dibina dengan semangat kelestarian dan kesedaran alam sekitar yang akan memukau mata anda.

BACA LAGI: Gabungan 2 kumpulan orkestra dalam satu pentas The Symphony of Friendship pamer nilai tinggi seni muzik

BACA LAGI: Rakyat Malaysia wajar contohi wanita ini amal '10R', jadikan kemampanan satu gaya hidup

Pengunjung akan memperlihatkan kecantikan instalasi pokok yang dicerahkan dengan lampu yang berjurai-jurai ke bawah.

Festival tahun ini dikenali juga sebagai “Light the Change Festival”, dengan penyertaan jenama-jenama seperti BYD dan Denza, yang menampilkan mobiliti elektrik dan visi global mereka iaitu “mendinginkan Bumi sebanyak 1°C”.

Pengunjung akan memperlihatkan kecantikan instalasi pokok yang dicerahkan dengan lampu yang berjurai-jurai ke bawah, dan memastikan anda membawa pulang 100 satu kenangan.

Ia termasuk bunga-bunga dan pokok kecil di taman tersebut, pastinya menenangkan malam anda.

 

Dari dekorasi lampu di sekitar Waterfront memperlihatkan kehebatan instalasi seni cahaya.

Dari dekorasi lampu di sekitar Waterfront hingga instalasi seni cahaya, seterusnya di kawasan jejak pemanduan uji, semuanya menawarkan pengalaman yang cukup magis, inspiratif, dan mesra alam.

Bagi mereka yang suka potret, jangan lepaskan peluang untuk merakam video dekorasi lampu, pantulan di air dan pancaran cahaya lembut dilangit gelap malam kemudia, muat naik visual tersebut di media sosial.

 

Festival ini membawa mesej penting iaitu mengajak masyarakat untuk lebih prihatin terhadap bumi.

Festival ini bukan sekadar hiburan, ia juga membawa mesej penting iaitu mengajak masyarakat untuk lebih prihatin terhadap bumi.

Bahkan menyatukan orang ramai untuk meraikan festival akhir tahun di sini bersama suasana penuh keindahan dan kesedaran.

Maka, buat semua rakyat di Malaysia, anda sudah boleh merancang di mana lokasi yang ingin raikan sempena menutupi tahun 2025.  

Semoga setiap pengunjung di  The Waterfront @ Desa ParkCity pulang dengan kenangan manis bersama satu azam untuk turut menjaga bumi agar tetap cerah untuk generasi pada masa akan datang. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram

Festiva, cahaya, malam, tahun baharu, taman lampu