Cadangan pusing-pusing satu Klang naik kereta mini


  • Nomad
  • Selasa, 02 Dis 2025

Kaedah tersebut kemungkinan akan digunakan sekali lagi sekitar pertengahan Februari 2026.

KINI terdapat pelbagai kaedah yang mudah dan senang untuk orang ramai  melawat lokasi-lokasi pelancongan untuk menerokai sesebuah kawasan sejarah.

Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) sedang berbincang dengan kelab kereta mini tempatan untuk menggunakan Mini Moke dan Clubman, bagi menggunakan kenderaan tersebut untuk membuat lawatan di Jejak Warisan Klang.

Datuk Bandar Klang, Datuk Abd Hamid Hussain berkata, kenderaan itu akan membawa pelancong merasai perjalanan penuh nostalgia, sambil menggembirakan peminat-peminat kereta unik dan kecil tersebut.

BACA LAGI: Semarak buluh aktiviti ekonomi jangka panjang demi masa depan suku Temiar di Perak

BACA LAGI: Gabungan 2 kumpulan orkestra dalam satu pentas The Symphony of Friendship pamer nilai tinggi seni muzik

 

Children participating in the colouring contest.

Kanak-kanak yang menyertai pertandingan mewarna semasa acara tersebut.

 

Beliau berkata, kenderaan itu pada mulanya digunakan untuk lawatan bersiar-siar sempena Karnival Citra Warna @ Jambatan Kota Klang pada September lalu. 

Ini termasuk sambutan ulang tahun kedua Klang, sebagai sebuah bandar raya pada 23 November lepas.

Seramai 3,000 pengunjung menikmati pelbagai aktiviti termasuk menaiki kereta mini di Jalan Istana, persembahan tradisional serta pertandingan mewarna.

Ditanya mengenai tarikh permulaan lawatan dengan pemandu itu, Abd Hamid berkata, kaedah tersebut kemungkinan akan digunakan sekali lagi sekitar pertengahan Februari 2026.

Jejak Warisan Klang yang merangkumi kira-kira 3 kilometer itu menampilkan 11 tarikan utama seperti Istana Alam Shah, iaitu istana rasmi Sultan Selangor, Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz, Gedung Raja Abdullah, mercu tanda kolonial serta rumah-rumah ibadat.

“Lawatan ini akan menawarkan cara yang lebih unik untuk melihat tarikan bandar,” kata Ahli Majlis Klang Lt (B) Mohd Fauzi Othman.

Ahli Majlis Annie Syazrin Ismail berkata, kereta mini merupakan sebuah ikon, justeru ia sesuai dijadikan duta bagi bandar tersebut.

Apabila ditanya pandangannya mengenai ulang tahun kedua itu, Abd Hamid berkata, status bandar raya telah memberi nafas baharu kepada Klang.

“Sambutan ulang tahun kedua MBDK ini melambangkan komitmen kami untuk terus memacu kemajuan, memperkukuh tadbir urus dan meningkatkan kualiti hidup penduduk,” ujarnya.

Maka, mari kita bersedia untuk menyemarakkan lagi sektor pelancongan di Klang pada tahun depan. — The Star/EDWARD RAJENDRA

Boleh follow media sosial Majoriti diTwitterFacebookInstagramWhatsApp Channel dan Telegram