Arca pelik ubah nilai sebuah seni, susun atur pameran kreatif galeri memukau minda pengunjung


  • Nomad
  • Isnin, 01 Dis 2025

Pameran yang merangkumi pelbagai pendekatan terhadap bentuk dan material itu berlangsung sehingga 7 Disember.

 

MUNGKIN sebelum ini anda pernah mendengar tentang seni tali yang dijual dengan harga mencecah jutaan ringgit. Ada yang boleh menerimanya, ada juga sebaliknya.

Jadi, kepada anda yang ingin mengenali dengan lebih mendalam tentang seni tersebut, Tali Art Gallery di Petaling Jaya, Selangor menawarkan susun atur pameran kreatif, dan pameran arca terkini.

Ia akan membawa pendekatan lebih jauh dengan mengolah susun atur ruang galeri supaya pengunjung dapat menemui arca dengan cara yang tidak dijangka. Setiap sudut dan laluan akan memberikan pengalaman visual baharu.

BACA LAGI: Gabungan 2 kumpulan orkestra dalam satu pentas The Symphony of Friendship pamer nilai tinggi seni muzik

BACA LAGI:Penuh kilauan dan pesona cahaya, rakamkan bibit-bibit indah menjelang sambutan tahun baharu

 

 

Group exhibition 'SCULPT: Made of Objectual Manners' at Tali Art Gallery. —LOW LAY PHON/The Star

Pemandangan ruang pameran Galeri Seni Tali, tempat arca melibatkan reka letak galeri yang tidak konvensional dan mengundang penerokaan.

 

 

Pameran SCULPT: CULT made of objectual manners menghimpunkan 11 artis dan kolektif dari Malaysia, Thailand dan Perancis.

Antara nama yang terlibat ialah Ramlan Abdullah, Sanan Anuar, Temjai Cholsiri, Dilarang Projekt dan Zulkifli Lee.

Ini termasuk Irsyad Maktar, Tawatchai Puntusawasdi, Dhavinder Singh, Kitikong Tilokwattanotai, Lea Valentin serta Asyraf Zakaria.

Hasil karya yang diletakkan di sana merangkumi pelbagai pendekatan terhadap bentuk dan material sehingga 7 Disember.

Pemilik galeri merangkap kurator, Thomas Martin, berkata menelusuri galeri dengan berhati-hati dan tenang adalah sebahagian daripada pengalaman.

Ini kerana arca-arca tersebut, sama ada mengalir atau sengaja kelihatan canggung, pengunjung akan mencipta sebuah perasaan yang sentiasa berubah-ubah.

“Kami mahu meluaskan lagi idea tentang arca, membawa ia kembali kepada akar ruang dan kuantiti sambil menggerakkannya ke hadapan dengan idea baharu.

“Anda ada artis baharu, nama mapan, media gabungan, pergerakan, warna dan semuanya berinteraksi dalam persekitaran yang sama,” katanya.

 

 

Group exhibition 'SCULPT: Made of Objectual Manners' at Tali Art Gallery. —LOW LAY PHON/The Star

Kerja pemasangan oleh Irsyad Maktar bertajuk 'Molecular Convergence', yang merupakan sebahagian daripada pameran kumpulan 'Sculpt, Made Of Objectual Manners' di Tali Art Gallery di Petaling Jaya.

 

 

Bergantung pada waktu dan hari, cahaya semula jadi yang masuk melalui dinding kaca galeri mewujudkan bayang-bayang yang berubah di atas karya, menambah satu lagi lapisan pengalaman.

Sebaik melangkah masuk, pengunjung dialu-alukan dengan dengar bunyi dentingan berirama daripada karya Zulkifli bertajuk Gempita: Bentuk & Kelakuan.

Ia sebuah karya yang mengundang renungan tentang fizik dan aturan semula jadi melalui gabungan seimbang kayu, keluli, air dan batu.

Tidak jauh dari situ, arca keluli tahan karat setinggi 5.5m oleh Ramlan, Kalam Trap merentangi ruang secara menyerong di atas granit.

Ini merupakan satu instalasi yang benar-benar mencuri perhatian.

“Dalam karya ini, gabungan perangkap ikan dan mata pen, Ramlan memetakan perjalanan hidupnya daripada perjuangan awal kepada menulis kisahnya sendiri sebagai pengarca.

“Walaupun karya ini mendominasi ruang secara menegak, granit itu menjadi simbol kekukuhannya,” jelas Thomas.

Menunjuk kepada empat tiang kayu hasil daripada artis Thailand, Kitikong, bertajuk Resonating Times, setiap satunya berlapiskan cat akrilik dan lakuer.

 

 

Group exhibition 'SCULPT: Made of Objectual Manners' at Tali Art Gallery. —LOW LAY PHON/The Star

Melihat lebih dekat arca keluli tahan karat artis veteran Ramlan Abdullah yang bertenggek di atas granit bertajuk 'Kalam Trap'.

 

 

Thomas menyatakan bahawa ia merupakan karya pertama artis itu yang sarat dengan emosi, sejak pemergian bapanya awal tahun ini.

“Karya ini berkisarkan ingatan terhadap sebuah objek dalam persekitaran harian, berdasarkan kes ini, pagar rumah keluarganya.

“Dia mengingati saat ketika isteri dan anak-anak meletakkan tangan mereka pada pagar tersebut,” ujar Thomas.

“Melalui berjam-jam mengulangi memori itu di studio, beliau menghormati bapanya, dan kenangan itu kini diteruskan olehnya. Jika anda perhatikan dengan teliti, ada kesan cap jarinya,” tambahnya.

Beralih kepada karya-karya yang meneroka bentuk manusia dan penyimpangannya, seorang lagi artis Thailand, Tawatchai, menampilkan figura yang dipetakan melalui graf kuadratik, menggabungkan ketepatan dengan renungan diri.

“Seperti ramai artis yang berdepan kekeringan idea kreatif, dia memerlukan ruang untuk melarikan diri dan merenung dalam keadaan sunyi.

Tawatchai menilai bentuk dirinya sendiri, dan dua arca yang mengapit lakaran itu menggambarkan sosok yang sedang bermeditasi. Malah, bentuknya berubah bergantung pada sudut pandangan anda.

“Ia mengingatkan kita betapa mudahnya tanggapan  terhadap orang lain boleh terpesong, dan bagaimana diri kita sendiri selalunya dilihat melalui satu perspektif sahaja,” jelasnya.

Maka, kepada yang ingin cuba melihat dunia seni ini, hadirkan diri ke Tali Art Gallery, mungkin ada sesuatu yang boleh difahami dan dipelajari di sini.— The Star/M. IRSYAD

Boleh follow media sosial Majoriti diTwitterFacebookInstagramWhatsApp Channel dan Telegram