Hobi kumpul setem penuh nostalgia, umpama penghubung penduduk dunia tak kira usia


  • Hobi
  • Isnin, 01 Dis 2025

Setem Joanna Tan membawa kisah dari negara-negara yang cukup hebat.

HOBI mengumpul setem menjadi satu fenomena sekitar tahun 80an dan 90an dan buat yang tidak tahu, ia masih relevan pada zaman ini.

Sekeping kecil kertas pernah memainkan peranan besar dalam menghubungkan penghuni di seluruh dunia.

Ia adalah setem pos yang sederhana iaitu satu barang kecil berwarna-warni yang menceritakan pelbagai kisah.

BACA LAGI: Gabungan 2 kumpulan orkestra dalam satu pentas The Symphony of Friendship pamer nilai tinggi seni muzik

BACA LAGI:  Penuh kilauan dan pesona cahaya, rakamkan bibit-bibit indah menjelang sambutan tahun baharu

 

Setem lakaran Ong Keat Hsin.

 

Setem pos pertama telah dicipta pada 1840 di Britain. Ia dipanggil Penny Black, dan memaparkan gambar Ratu Victoria.

Sebelum adanya setem, proses penghantaran surat amat mengelirukan. Penerima surat perlu membayarnya dan kadar bayaran adalah tidak tetap.

Sesetengah orang enggan membayar, menyebabkan surat tidak sampai ke destinasi dan kemunculan setem mengubah segala-galanya.

Setelah anda melekatkan setem pada surat, ia bermakna kos pos telah dibayar dan mesej anda akan sampai dengan selamat ke destinasi.

Setem boleh dibentuk dengan paparan haiwan, individu terkenal, peristiwa bersejarah, watak kartun bahkan penerokaan angkasa lepas pun ada.

Di peringkat negara pula, banyak menggunakannya untuk mempamerkan budaya, pencapaian dan kisah penduduk masing-masing.

Itulah sebabnya mengumpul setem yang dipanggil filateli adalah hobi yang popular dan menyeronokkan untuk kanak-kanak mahupun dewasa.

Jadi, anda melihat setem berwarna-warni, luangkan masa dan perhatikan dengan teliti.

Satu setem kecil boleh membuka dunia pengembaraan yang besar dan ia tentu sekali sesuatu yang boleh memberi pelbagai ilmu.

Joanna Tan, 12, menyatakan saudara-maranya sering menghantar poskad dari luar negara dan setiap poskad datang dengan setem yang unik.

“Imej kecil itu membawa kisah dari tempat yang mereka lawati dan pemandangan di negara-negara itu.

“Apabila saya melihat setem itu, saya rasa seolah-olah sedang berhubung dengan mereka. Sebahagian kecil perjalanan mereka telah sampai kepada saya. Itu sebabnya setem sangat istimewa bagi saya,” katanya.

Mohd Zain Zulkifli,7, pula misinya mengumpul setem bertujuan untuk memiliki sebuah buku besar penuh dengan gambar-gambar cantik bila dewasa nanti.

 

Setem lakaran kreativiti  Nurul Aishah Ibrahim.

Selain itu, Nurul Aishah Ibrahim, 11, menggambarkan setem seperti visual kecil yang boleh bergerak ke seluruh dunia.

“Guru saya menunjukkan banyak setem yang berbeza di dalam kelas. Ada setem haiwan, bunga ros dan juga orang terkenal. Saya rasa setem penting kerana ia membantu surat sampai ke tempat yang betul,” ujarnya.

Dia yang mula mengumpul setem tahun lepas selepas sepupunya memberikan album lama kepadanya kini mempunyai lebih 50 jenis setem.

 

Setem Kelly Mei Hwa Tan Nathan.

“Saya suka bagaimana setiap setem mempunyai kisahnya sendiri. Sesetengah setem menunjukkan sejarah, seperti festival istimewa atau peristiwa penting.

“Saya juga suka belajar tentang negara lain melalui setem mereka. Suatu hari nanti, saya harap dapat memiliki setem yang jarang ditemui untuk menambah koleksi saya,” kata Kelly Mei Hwa Tan Nathan yang berumur 10 tahun.

Sabrina Ariffin, 6, pula menyatakan lakaran setemnya yang berbentuk seekor kucing kerana haiwan itu membuatkannya gembira.

“Kucing haiwan yang lembut dan suka bermain. Saya mahu setem saya menunjukkan bagaimana comelnya kucing. Jika ada setem sebenar seperti ini, saya akan letakkan pada semua surat saya,” terangnya. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti diTwitterFacebookInstagramWhatsApp Channel dan Telegram

 

Setem, Malaysia, hobi, surat, sejarah, lokasi