SEBAGAI rakyat Malaysia, kita seharusnya bangga dengan industri perikanan yang menawarkan pelbagi jenis makanan atau hasil laut yang cukup enak dan luar biasa
Hari Perikanan anjuran Jabatan Perikanan di Kedah kini kembali untuk tahun ini dengan memberi tumpuan kuat kepada inovasi dan kelestarian, dalam industri makanan laut Malaysia.
Acara yang berlangsung selama tiga hari itu, yang diadakan di Pantai Merdeka berhampiran muara Sungai Merbok pada 31 Oktober hingga 2 November lalu, telah menghimpunkan agensi kerajaan, pengusaha akuakultur dan penyelidik.
BACA LAGI: Lisa Blackpink jadi tarikan terbaharu permainan video Festival Fortnite
BACA LAGI: Rakyat Malaysia wajar contohi wanita ini amal '10R', jadikan kemampanan satu gaya hidup

Program itu menjadi platform bagi pemain industri, penyelidik dan komuniti setempat untuk memacu inovasi dan kelestarian sumber.
Ia bertujuan untuk mempromosikan amalan perikanan moden dan mesra alam yang selaras dengan Ekonomi Biru Negara serta Dasar Agromakanan Negara 2021-2030.
Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Luqman Ahmad, telah merasmikan acara tersebut.
Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Kedah, Dzowahir Ab Ghani, dan Ketua Pengarah Jabatan Perikanan, Datuk Adnan Hussain.
Menurut Adnan program itu menjadi platform bagi pemain industri, penyelidik dan komuniti setempat untuk memacu inovasi dan kelestarian sumber.
“Melalui teknologi seperti SirehMax dan MyFirst (Malaysia Fisheries Resource System), jabatan tersebut berhasrat untuk mengubah pengurusan perikanan menjadi sektor berasaskan data, moden dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar,” katanya.
Pada acara tersebut, lima syarikat akuakultur dari wilayah utara menerima pensijilan Amalan Akuakultur Baik Malaysia (myGap). Ini kerana pengamalan menggunakan kaedah penternakan yang bertanggungjawab, selamat untuk makanan dan mampan.
Satu perjanjian turut dimeterai antara Jabatan Perikanan dan Universiti Utara Malaysia bagi melanjutkan memorandum persefahaman sedia ada sehingga tahun 2028.
Jalinan itu sekali gus memperluas kerjasama dalam bidang perikanan tangkapan, kesihatan akuakultur, pemuliharaan, kecerdasan buatan, Internet Benda (IoT), karbon biru dan ekonomi biru.
Selain itu, acara turut menyaksikan pelancaran dua inovasi tempatan darpada SirehMax, sebatian antimikrob untuk kawalan penyakit ikan yang diperoleh daripada daun sireh.
Satu lagi, MyFirst iaitu platform data nasional bersepadu untuk mengurus maklumat biodiversiti serta kawasan perlindungan marin.
Bantuan untuk pekebun kecil yang terlibat dalam akuakultur dan agro-pelancongan turut disampaikan kepada penerima dari Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.
Pengunjung juga menikmati pelbagai aktiviti seperti larian santai, permainan tradisional dan pameran daripada lebih 20 agensi kerajaan sambil bersantai di gerai makanan sepanjang pantai tersebut.
Antara tarikan utama yang mendapat sambutan ramai ialah panggang tuna yang diputar di atas pemanggang, digelar “tuna golek”.
Malah ramai yang tertarik dengan menu tersebut sehingga pengunjung berbarisan panjang di bawah khemah tepi pantai. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
