KEBANYAKAN individu yang boleh bertutur lebih daripada dua bahasa kebiasaannya dianggap mempunyai kelebihan dalam komunikasi.
Namun terdapat teori lain menyatakan orang yang kerap bertutur dalam pelbagai bahasa, didapati mengalami proses penuaan yang lebih perlahan secara purata.
Teori itu dibuat berdasarkan kajian yang dijalankan terhadap lebih 86,000 orang dewasa di 27 negara Eropah.
BACA LAGI: Lisa Blackpink jadi tarikan terbaharu permainan video Festival Fortnite
BACA LAGI: Rakyat Malaysia wajar contohi wanita ini amal '10R', jadikan kemampanan satu gaya hidup

Perserta yang dikaji berumur antara 50 hingga 90 tahun dan keputusan menunjukkan Individu yang mampu bertutur dalam pelbagai bahasa.
Diterbitkan dalam jurnal Nature Aging, sekumpulan penyelidik antarabangsa yang diketuai oleh Prof Dr Agustin Ibanez dari kumpulan Predictive Brain Health Modelling, Trinity College Dublin, faktor berkenaan berkait rapat dengan umur kronologi peserta dengan data biologi dan ukuran tingkah laku.
Ini termasuk kesihatan, kecergasan, gaya hidup dan aktiviti sosial. Mereka kemudian mengira sama ada seseorang itu secara biologinya lebih muda atau lebih tua daripada umur kronologi mereka.
Perserta yang dikaji berumur antara 50 hingga 90 tahun dan keputusan menunjukkan Individu yang mampu bertutur dalam pelbagai bahasa, menunjukkan kemungkinan jauh lebih redah mengalami penuaan, berbanding mereka yang hanya bertutur dalam satu bahasa.
Lebih menarik, kesan tersebut tidak berhenti pada dua bahasa, setiap bahasa tambahan didapati menguatkan lagi kesan perlindungan itu.
Setiausaha agung Persatuan Neurologi Jerman, Prof Dr Peter Berlit, yang tidak terlibat dalam kajian itu berkata, penyelidikan tersebut turut menunjukkan kelebihan berinteraksi dalam pelbagai bahasa mampu memberi perlindungan terhadap daripada menghidap demensia.
“Kajian ini mengesahkan kajian pemerhatian berskala kecil sebelum ini yang menunjukkan bahawa multilingualisme nampaknya menjadi faktor pelindung terhadap demensia,” katanya.
Walaupun tiada rekod demensia dimasukkan dalam kajian itu, beliau berkata, terdapat petunjuk penting mengenai mekanisme yang boleh mengurangkan risiko kemerosotan kognitif pada usia tua.
Ketahanan terhadap kemerosotan kognitif sebenarnya meningkat apabila seseorang menggunakan pelbagai bahasa. Penyelidik mengaitkan situasi tersebut sebagai rizab kognitif.
“Multilingualisme nampaknya bertindak sebagai penampan dalam otak. Orang yang bertutur dalam banyak bahasa mempunyai lebih banyak memori untuk digunakan pada usia tua,” jelas Prof Berlit.
Sementara itu, ahli saraf Prof Dr Jason Rothman dan Dr Federico Gallo dari Universiti Lancaster, Britain, dalam ulasan mereka mengenai kajian tersebut menjelaskan cabaran sekarang adalah untuk memahami mekanisme kesan itu, dan menterjemahkannya kepada strategi penuaan sihat.
Mereka berkata, multilingualisme boleh menjadi pendekatan berkesan dari segi kos untuk kesihatan awam. Ia berpotensi sama penting dengan program yang menggalakkan aktiviti fizikal atau berhenti merokok.
Prof Berlit turut menggambarkannya sebagai kaedah tersebut sebagai pilihan pencegahan yang berkesan.
“Mempelajari bahasa baharu adalah cadangan yang mudah dan sangat berkesan untuk pencegahan demensia. Ia adalah langkah dasar kesihatan yang boleh diamalkan oleh sesiapa sahaja,” ujarnya.
Selain itu, penyelidik kini merancang untuk mengkaji sama ada mempelajari bahasa baharu pada usia lewat, memberikan kesan perlindungan yang sama seperti multilingualisme sepanjang hayat atau tidak.
“Kajian pada masa hadapan perlu membezakan antara bahasa yang dipelajari semasa zaman kanak-kanak dan bahasa yang dipelajari pada usia tua.
"Saya percaya kedua-duanya berkesan, tetapi perkara ini masih perlu dibuktikan,” kata Prof Berlit.
Penyelidikan ini hadir pada waktu ketika kecerdasan buatan (AI) mula menjejaskan nilai multilingualisme dalam sesetengah bidang, dengan perisian kini lebih baik berbanding sebelumnya dalam menterjemah bahasa lisan dan tulisan secara masa nyata. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
