Lisa Blackpink jadi tarikan terbaharu permainan video Festival Fortnite


  • Hobi
  • Khamis, 27 Nov 2025

Jenama Fortnite terkenal dengan kolaborasinya bersama organisasi dan figura terkenal.

DUNIA permainan video menerusi telefon pintar kini memperlihatkan pelbagai jenis game dicipta dan dimainkan oleh ramai individu secara atas talian.

Bahkan ia menjadi lebih teruja apabila terdapat edisi atau versi khas mengikut sesebuah musim yang memperlihatkan elemen dan suasana serta gambaran yang cukup istimewa.

Bukan setakat itu kolaborasi daripada artis turut menjadikan dunia permainan video begitu rancak.

BACA LAGI: Genting Highland syurga flora, taman botani terbesar Eufloria tarik pengunjung menjelang TMM 2026

BACA LAGI: Rakyat Malaysia wajar contohi wanita ini amal '10R', jadikan kemampanan satu gaya hidup

Trek muzik dan kostum di dalam permainan video itu turut diinspirasikan daripada album solo Lisa.

 

Sepertimana penyanyi K-pop terkenal, Blackpink x Lisa yang menjadi tarikan musim baharu permainan video popular Fortnite Festival, selepas pengumuman dibuat oleh penerbit Epic Games pada 24 November lalu.

Penyanyi dan pelakon Thailand itu bukan sekadar tampil di pentas dalam permainan untuk Musim 12 Fortnite Festival, malah trek muzik dan kostum di dalam permainan video itu turut diinspirasikan daripada album solo debutnya, Alter Ego dan menjadi tambah nilai permainan tersebut.

Seterusnya berjaya menarik orang dengan lebih ramai untuk aktif bermain permainan tersebut.

“Saya suka melihat bagaimana Fortnite menghidupkan alter ego saya dalam permainan dengan begitu sempurna,” kata Lisa kepada laman hiburan Variety.

Fortnite Festival adalah sebuah cabang daripada jenama permainan popular Fortnite, iaitu permainan berasaskan ritma.

Pemain akan mempersembahkan rentak lagu artis menggunakan pelbagai instrumen muzik maya yang diakses melalui aplikasi Fortnite.

Jenama Fortnite terkenal dengan kolaborasinya merentasi pelbagai jenis sudut, genre dan harta intelek terkenal seperti Marvel, DC dan Star Wars, hinggalah WWE, termasuk siri Netflix KPop Demon Hunters serta manga Naruto.

Fortnite Festival sebelum ini telah menampilkan barisan artis terkenal sepanjang musim permainannya, termasuk The Weeknd, Lady Gaga, Billie Eilish, Metallica, Sabrina Carpenter dan Bruno Mars.

Maka ini menjadi strategi yang cukup luar biasa untuk orang ramai memuat turun dan bermain permainan dalam talian itu yang pastinya tersebar dengan pantas dan cukup luas dalam dunia permainan video.— The Star

Boleh follow media sosial Majoriti diTwitterFacebookInstagramWhatsApp Channel dan Telegram