Rumah agam Bukit Tambun ‘permata warisan’ semakin pudar diabaikan


  • Nomad
  • Jumaat, 28 Nov 2025

CATATAN sejarah pula merekodkan rumah agam itu dibina oleh hartawan tebu Heah Jin Wooi.

SEMPENA persediaan Tahun melawat Malaysia 2026 sedang rancak dilaksanakan, kita dapat lihat pelbagai tempat dan lokasi telah dipromosikan termasuk bangunan bersejarah yang dicantikkan semula dengan wajah baharu.

Namun di  Bukit Tambun, Pulau Pinang, walaupun kehilangan sebahagian daripada daya tarikan warisan lama akibat kekurangan penyelenggaraan yang betul, sebuah rumah agam dua tingkat berusia lebih seratus tahun terus menarik perhatian orang ramai.

Beberapa program komuniti telah diadakan di rumah agam Heah Swee Lee, termasuk sambutan Tahun Baru Cina pada 2019 dan sekali lagi pada 2022. Semuanya disebabkan reka bentuk rumah agam yang bercirikan gaya Peranakan.

BACA LAGI: Musim hujan kacau 'kaki tebas'? Apa kata cuba simulator golf di PJ demi lepas gianhat

BACA LAGI: GG 4x4 wakil Terengganu ke kejohanan dunia RFC Grand Final 2025

 

 

(BRIEF CAPTION): Heah Swee Lee Mansion, a crumbling landmark at the edge of Bukit Tambun. ( August 13, 2025) — CHAN BOON KAI/The Star

Sebahagian besar bahagian dalam rumah agam itu runtuh dengan struktur yang reput dan pokok anggur yang menjalar.

 

Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Tambun, Goh Choon Aik berkata, ada pasukan penggambaran filem juga telah memilih rumah agam ini sebagai lokasi penggambaran bagi filem The Little Nyonya dan The Promise.

“Walaupun memiliki seni bina yang menarik dan nilai budaya yang tinggi, kebanyakan bahagian dalaman rumah agam ini masih dalam keadaan runtuh, dengan dinding yang mengelupas. Struktur yang rosak dan pokok menjalar yang mula menakluk ruang tersebut,” katanya.

Difahamkan bahawa pemilik rumah yang menetap di Pulau Pinang, tidak berminat untuk memulihkan bangunan ini.

Presiden Penang Heritage Trust, Clement Liang, menyeru pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap pemilik.

Ini kerana tindakan mengabaikan rumah agam itu tidak sepatunya berlaku kerana ia menjadi risiko keselamatan awam serta pemandangan yang kurang enak dipandang.

“JIika di kebanyakan negara lain, anda tidak boleh membiarkan taman rumah tidak terurus dan boleh dikenakan tindakan oleh majlis bandaraya atau jiran sendiri membuat aduan.

“Hanya kerana hartanah sebegini dimiliki secara persendirian, pihak berkuasa enggan mengambil tindakan tegas.

“Ini hanya menggalakkan sikap tidak bertanggungjawab dalam kalangan pemilik rumah. Sebaliknya, mereka sepatutnya dikenakan denda yang berat,” ujar Liang.

Dihiasi dengan tiang klasik dan kerja plaster yang halus, bahagian luar rumah agam itu memeprlihatkan panel jubin, yang menggambarkan adegan daripada cerita klasik 24 Examples of Filial Piety.

Pintu masuk ruamh agam tersebut.

 

Malahan, pintu kayu yang megah, jeriji tingkap hiasan yang memaparkan motif kebahagiaan ganda Cina (shuangxi), serta serambi panjang mencerminkan rumah kedai Cina Peranakan.

Komuniti tempatan juga pernah berusaha memperindah persekitaran dengan melukis mural dan menghias deretan rumah lama berdekatan bagi menonjolkan daya tarikan budaya dan warisan kampung tersebut.

Walaupun rumah agam ini terletak di tanah persendirian, Datuk Bandar Seberang Perai,Datuk Baderul Amin Abdul Hamid berharap pemilik akan memelihara struktur warisan Cina Selatan itu yang dibina pada awal 1900-an.

“Bangunan ini disenaraikan sebagai bangunan warisan Kategori I dalam inventori Seberang Perai, tetapi tidak digazetkan di bawah Akta Enakmen Warisan Negeri Pulau Pinang 2011.

“Oleh kerana ia dimiliki secara persendirian, peranan kami terhad kepada memberikan nasihat dan panduan pemuliharaan termasuk tiada kuasa untuk melaksanakan kerja-kerja pemulihan secara langsung,” terangnya.

“Tetapi kami sentiasa bersedia untuk memberikan khidmat nasihat dan panduan berkaitan kaedah pemuliharaan, selaras dengan garis panduan pemuliharaan bangunan warisan,” tambahnya.

Bangunan warisan Kategori I adalah bangunan yang dianggap penting kerana mencerminkan keaslian landskap budaya.

 

Bangunan ini dianggap binaan warisan Kategori I.

Menurut George Town World Heritage Incorporated, bangunan tersebut harus kekal seperti asal, manakala kerja-kerja pembaikan perlu menggunakan kaedah dan bahan pembinaan tradisional yang autentik.

Catatan sejarah pula merekodkan rumah agam itu dibina oleh hartawan tebu Heah Jin Wooi, iaitu seorang tokoh terkenal dalam komuniti Teochew di Kuala Kurau pada abad ke-19.

Rumah agam itu kemudian lebih dikenali dengan nama anaknya Heah Swee Lee. Individu tersebut dilahirkan di Batu Kawan pada 1875 dan meninggal dunia pada  1924 berdasar rekod genealogikal.

Pada zaman kegemilangannya, rumah dua tingkat berkenaan berdiri sebagai simbol masyarakat ladang yang pernah berkembang pesat di kawasan itu suatu ketika dahulu.— The Star/LO TERN CHERN

Boleh follow media sosial Majoriti diTwitterFacebookInstagramWhatsApp Channel dan Telegram