JIKA dahulu, sesebuah kejohanan sukan besar yang mengumpulkan ramai peminat seperti bola sepak di stadium hanya bertumpu kepada perlawanan yang berlangsung saja.
Habis bola, balik rumah dan tiada aktiviti lain. Kini sesebuah acara sukan seperti festival yang menawarkan pelbagai program dan aktiviti sampingan yang cukup hebat.
Terutamanya, penganjurkan muzik dalam bentuk konsert selepas atau sebelum sesebuah kejohanan sukan dimulakan.
BACA LAGI: Pesona landskap dirakam dron buka pemandangan rahsia alam dari sudut udara

Konsert ketika MotoGP Autsrian.
Menurut satu tinjauan terbaru yang dijalankan di seluruh rantau Asia Pasifik (APAC), sektor pelancongan dari sudut sukan sekarang menjadi pemacu kritikal kepada aktiviti pengembaraan.
Dibentangkan oleh Hilton, tinjauan yang dijalankan oleh OnePoll dari 3 hingga 16 September itu melibatkan penyertaan 5,000 rakyat dewasa dari Australia, Singapura, China, Jepun dan India.
Sebanyak 40 pertaus daripadanya berhasrat merancang perjalanan antarabangsa yang berteraskan acara sukan atau muzik utama.
Sementara itu, 60 peratus lagi pernah melakukan perjalanan domestik atau antarabangsa yang berkaitan dengan acara berkenaan.
Kebiasaannya, pelancong melakukan perjalanan ini bersama rakan (47 peratus) atau pasangan (55 peratus).
Bagi golongan muda pula, aspek paling menarik ialah peluang melancong bersama rakan, dengan rekod 60 peratus individu berumur 18 hingga 24 tahun, lebih memilih atau merancang perjalanan sebegitu.
Dari segi penginapan, tiga pertimbangan utama yang dikenal pasti oleh responden adalah jarak dekat dengan acara (72 peratus), harga (72 peratus) dan kualiti layanan hospitaliti (70 peratus).
Pelancong dari China pula menekankan khusus terhadap jarak dekat dengan acara (81 peratus) serta kualiti layanan hospitaliti (80 peratus).
Pelancong dari China (59 peratus) dan India (57 peratus) juga menunjukkan minat besar terhadap perjalanan kategori tersebut ini.
Tambahan pula, 70 peratus responden dari kedua-dua negara itu menunjukkan minat terhadap akses ke acara eksklusif, apabila penginapan mereka dikaitkan dengan pengalaman sukan atau hiburan.
Misalnya,Formula 1 (F1) Singapore Grand Prix yang diadakan awal bulan lalu di Litar Jalan Marina Bay, Singapura.
Naib Presiden Kanan dan Pengarah Komersial Asia Pasifik Hilton, Ben George, dalam satu kenyataan media menerangkan, pelancongan sukan dan hiburan kini menjadi antara trend perjalanan paling dominan di Asia Pasifik.
F1 menjadi peneraju perkembangan tersebut. Hilton mempunyai sejarah kerjasama selama 20 tahun dengan Pasukan McLaren F1, yang membawa kepada pelbagai keistimewaan yang eksklusif untuk peminat.
Contohnya, ahli Hilton Honors, program kesetiaan tetamu untuk 24 jenama Hilton, boleh menebus mata mereka untuk mendapatkan pakej VIP Pasukan McLaren F1.
Pakej tersebut merangkumi hospitaliti premium di tepi litar dan akses kepada aktiviti yang dianjurkan oleh McLaren termasuk, penginapan dua malam di Conrad Singapore Marina Bay.
Gabungan tetamu baharu dan kembali semula yang mengambil bahagian dalam penebusan tersebut membuktikan, bahawa pelancong APAC terus mencari pengalaman perjalanan eksklusif berasaskan pengalaman unik.
Acara sukan tahunan utama lain di APAC termasuk Hong Kong Sevens (ragbi), Sukan SEA (yang seterusnya akan berlangsung di Thailand pada awal Disember) dan Liga Juara-Juara AFC.
Diikuti pelbagai acara maraton (Australia dan Jepun adalah sebahagian daripada World Marathon Majors), serta PETRONAS Le Tour de Langkawi di Kedah.
Selain pelancongan sukan, permintaan terhadap pelancongan muzik juga semakin meningkat. Kira-kira 63 peratus responden berhasrat merentas sempadan untuk konsert dan festival muzik.

Jelajah Super Junior diteruskan pada awal 2026 dengan konsert di lima tempat di seluruh Asia, termasuk Kuala Lumpur
Lagi 70 peratus sanggup berbuat demikian untuk acara sukan. Menyedari trend ini, platform pelancongan bekerjasama dengan penganjur acara dan hotel bagi menyediakan pakej eksklusif.
Jadi, ia membolehkan peminat menghadiri acara dengan lebih mudah tanpa sebarang masalah.
Sebagai contoh, Klook sebelum ini telah menawarkan pakej berbundle untuk konsert Coldplay di Hong Kong dan konsert Taylor Swift di Singapura.
Baru-baru ini, Trip.com Group mengumumkan kerjasama strategik jangka panjang dengan syarikat acara hiburan, Live Nation Asia.
Kerjasama itu dilancarkan bulan lalu dengan menawarkan pengalaman bundle eksklusif untuk konsert kumpulan K-pop Twice di Hong Kong.
Kebiasaannya, pakej seperti ini ditawarkan untuk konsert-konsert tersebut merangkumi tiket acara, sesi bertemu peminat, penginapan hotel, pilihan pengangkutan dan pengalaman tempatan yang dikurasi khas.
Jadi berikut adalah konsert yang dinanti-nantikan oleh ramai peminat dan akan berlangsung di Malaysia tahun depan setakat ini:
Siti Nurhaliza: Legacy 30 (10 Januari)
Super Junior: 20th Anniversary Tour (17 Januari)
Bryan Adams: Roll With the Punches (6 Februari)
Blue: 25th Anniversary Tour (9 Februari)
My Chemical Romance: South-East Asia Tour 2026 (20 April dan 1 Mei)
Lea Salonga & Malaysian Philharmonic Orchestra: From Broadway to Disney (26 September). — The Star/FLOREY D. MIKIL
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
