Semakin ramai peserta wanita, 'Kelab Menjerit' bantu orang muda lepaskan stres


  • Hobi
  • Khamis, 06 Nov 2025

Trend kumpulan terapi itu semakin popular di TikTok. — Gambar hiasan janaan AI

TEKANAN dalam diri boleh datang dari pelbagai bentuk dan cara atau di mana-mana sahaja sama ada di rumah, tempat kerja atau di sebuah kawasan yang sunyi.

Seperti mana di London, terdapat sebuah taman yang mengumpulkan berpuluh-puluh anak muda yang menunggu isyarat permulaan dan selepas itu menjerit sekuat hati sebagai kaedah untuk melepaskan tekanan.

Ia dipanggil terapi jeritan dan ia dilihat semakin popular di TikTok, bahkan menular ke Britain selepas bermula di Amerika Syarikat.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Panduan rider ketika layan corner', pakar tekankan pentingnya hukum 'countersteering' berbanding 'tunduk udang'

BACA LAGI: Sekian 'Sakit lutut sudah haus?', amalkan senaman aerobik seperti berjalan, berbasikal atau berenang

Terapi jerit hilangkan tekanan semakin popular di TikTok

“Ia benar-benar melegakan,” kata Rebekah Drakes, 23, selepas menjerit di puncak Parliament Hill di Hampstead Heath, yang terletak di utara ibu negara Britain.

Beliau bersama peserta lain yang berada dalam lingkungan umur 20an itu mengambil bahagian dalam “Kelab Menjerit” pada Sabtu baru-baru ini.

“Saya rasa kita tidak sedar betapa banyak yang dipendam sehinggalah kita benar-benar melepaskannya,” tambah pelayan bar itu.

Mona Sharif menganjurkan acara tersebut selepas melihat di TikTok bahawa orang ramai di Amerika Syarikat berkumpul untuk menjerit bersama-sama.

“Saya buat video TikTok mengatakan bahawa London juga patut adakan acara seperti ini. Menerusi video itu, saya dapat banyak tontonan dan like, seterusnya mencipta kumpulan sembang.

“Dalam masa tiga hari, seribu orang menyertai kumpulan sembang itu,” ujarnya

Dalam kiraan tiga, Sharif dan semua peserta menjerit sekuat hati sambil merakam diri mereka dengan telefon. Malah tindakan tersebut mengejutkan orang yang lalu-lalang.

“Ia sedikit sebanyak diinspirasikan daripada terapi secara berkumpulan. Dalam hal ini, orang melepaskan rasa marah dan tekanan yang mereka tidak mampu luahkan dengan kata-kata,” jelasnya.

Seorang guru Julia Dewit, 29, meluahkan rasa gembira kerana ramai wanita turut menyertai kumpulan terapi terbabit.

“Terdapat stigma terhadap wanita yang sering disuruh untuk bertenang dan kekal tenang di bawah tekanan.

“Saya rasa kini, perbincangan tentang perasaan dan kesihatan mental jauh lebih terbuka berbanding dahulu dan sangat positif,”ujarnya.

Menurut tinjauan YouGov yang diterbitkan pada September lalu, dua pertiga golongan muda berumur antara 16 hingga 25 tahun di Britain sedang atau pernah mengalami masalah kesihatan mental terutamanya berkaitan pelajaran atau kewangan.

Sebelum sesi jeritan bermula daripada peserta secara bergilir-gilir di atas bangku untuk berkongsi tentang perasaan sunyi, atau kesukaran mencari tempat mereka dalam masyarakat.

Ada juga yang meluahkan kemarahan terhadap isu-isu semasa, disambut sorakan daripada orang ramai.

“Kalau anda mengikuti berita politik antarabangsa, ia sangat menyedihkan. Saya benar-benar perlukan ruang seperti ini, tempat di mana orang boleh menjerit dan lepaskan segalanya,” pendapat seorang pelajar, Rifa Uddin yang berusia 19 tahun.

Sebagai tambahan, dalam Islam, terdapat juga cara mudah untuk diikuti jika anda berada dalam tekanan. Antaranya solat lima sunat dua rakaat, mengambil wuduk, mandi, duduk, baring atau tidur sebentar.

Maka, anda boleh beramal atau menggunakan apa saja cara selagi ia tidak tidak memudaratkan diri dan bercanggah dengan agama masing-masing.— Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram