'Lawan harga baru menarik,' perang poster 'membahan' syarikat motor hanya mencuit hati, kuasa membeli tetap di tangan pengguna


  • Hobi
  • Selasa, 04 Nov 2025

Paparan itu menyebabkan ruangan komen hangat membincangkan tentang pandangan masing-masing.

STRATEGI pemasaran dalam dunia motosikal kini dilihat sedang hangat dipertontonkan oleh beberapa jenama terkemuka di Malaysia sehingga mengundang pelbagai reaksi netizen.

Seperti mana yang dikongsikan media sosial jenama kenderaan dua roda itu, masing-masing menunjukkan kreativiti masing-masing dalam membina nama dan jenama di dalam pasaran.

Menariknya, masing-masing cuba untuk membuktikan bahawa jenama mereka yang 'asli' selain ada mesej berbaur sindiran terhadap lawan mereka.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Panduan rider ketika layan corner', pakar tekankan pentingnya hukum 'countersteering' berbanding 'tunduk udang'

BACA LAGI: Sekian lama 'bersembunyi', ulat teksi kembali bermaharajalela di sempadan Malaysia–Singapura guna modus operandi berbeza

 

Menerusi hantaran Threads @Ahmad Adam, gambar pertama yang dimuat naik ialah sebuah poster yang menunjukkan model daripada Yamaha XMax dengan barisan ayat, “Hanya ada satu yang asli dalam saat lain yang cedok idea, kami terus berinovasi”.

Paparan itu menyebabkan ruangan komen hangat membincangkan tentang pandangan masing-masing dan meletakkan jenama tersebut sebagai model yang agak mahal.

Ada juga yang mengatakan model tersebut bukan satu inovasi akan tetapi hanya menggantikan reka bentuk badan motosikal

“Ia bagi isyarat supaya anda tidak terlalu ego dalam meletakkan tanda harga yang tidak munasabah dalam kelasnya,” luah @ZakuanLatif di ruangan komen.

“Pakar coverset,” komen @angahkuantan89 di ruangan sama.

 

 

Tidak ketinggalan, jenama motosikal berkuasa tinggi, Ducati juga tampil dengan kenyataan tersendiri, seperti membalas status Yamaha.

Sorry. But this is innovation. We didn’t just change the coverset. We did much more than that (Maaf, Ini adalah inovasi. Kami tidak hanya tukar coverset, kami buat lebih daripada itu),” kata sosial media Ducati Malaysia berserta model motosikal berkuasa tinggi, Panigale berwarna merah.

Kenyataan Ducati itu ternyata menyemarakan warga maya untuk mengeluarkan pendapat masing-masing.

“Ada yang panas tapi bukan api,” komen @e.g.romaizi, seperti merujuk kepada Yahama.

“Kasar depa melawak,” komen @sbosabri.

Ternyata 'pertembungan' dua jenama besar itu turut menarik minat satu lagi syarikat motor terkemuka, Suzuki untuk mempamerkan kreativiti dalam strategi pemasaran bagi mempromosikan model motosikal mereka.

Suzuki pantas memuat naik gambar model motosikal R GSX beserta ayat “Sorry. Real innovation? Doesn't need recalls. We believe true progress isn’t just power, it’s reliabilitiy that last  decades (Maaf. Inovasi sebenar? Tak perlu panggil semula. Kami percaya kemajuan sebenar bukan sekadar kuasa, tapi ketahanan yang nyata)”.

Status Suzuki itu dipercayai sebagai membalas kenyataan Ducati, dengan hasrat membuktikan model motor keluaran mereka memiliki ketahanan yang tinggi berbanding pesaing lain.

Sementara itu jenama motor tempatan, Modenas juga mencelah dengan mengeluarkan poster tertera ayat 'Tiru?? Kami tidak perlu tiru. Hanya yang veteran kenal logo kami,' dipercayai dituju kepada pesaing mereka yang mendakwa model keluaran Kymco DTX 250 syarikat itu meniru reka bentuk.

Perang 'pemasaran' itu semakin hangat apabila jenama baharu dalam pasaran tempatan, iaitu MForce menampilkan sebuah model SYM ADX TG 400 dengan slogan “Ada dah goyang tapi bukan kami. Tidak gentar dengan pembaharuan, inovasi sebenar lahir dari kami”.

Namun tidak dapat dipastikan kepada pesaing mana slogan itu ditujukan.

Di sebalik perang poster itu, ada juga warga maya menyarankan syarikat motor tersebut menawarkan harga lebih murah untuk menarik minat pengguna.

"Lawan harga terendah baru menarik," kata ilmar_naifos. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram