Everest bukan lagi tarikan utama, pendaki pilih kuasai ratusan puncak di Banjaran Himalaya


  • Nomad
  • Isnin, 27 Okt 2025

NEPAL mempunyai 462 puncak yang dibuka untuk pendakian, dan kira-kira seratus daripadanya masih belum pernah ditawan.

PERGUNUNGAN Nepal, termasuk Gunung Everest, sekian lama menjadi tarikan kepada pendaki dari seluruh dunia, apatah lagi dengan statusnya sebagai gunung tertinggi di dunia.

Pastinya lokasi itu menjadi impian tertinggi buat semua pendaki untuk mencipta nama menawannya.

Namun kini, semakin ramai pendaki memilih untuk mendaki puncak tersembunyi yang menawarkan ketenangan dan peluang menjadi orang pertama menaklukinya.

Siapa sangka rupanya banjaran Himalaya itu menempatkan lapan daripada sepuluh puncak tertinggi di dunia dan menerima ratusan pendaki setiap tahun, sekali gus menjadikan aktiviti pendakian sebagai perniagaan yang menguntungkan.

BACA LAGI: 'Balik kampung pun boleh berlari', fenomena parkrun makin popular di Malaysia

BACA LAGI: Beg tangan inspirasi batu karang, obor-obor hasil kreativiti pelajar Politeknik Besut ungguli Carlo Rino Upcycle Bag Challenge 2025

 

Suasana sedang berkhemah dalam perjalanan ke Jannu East.

 

Walaupun ekspedisi komersial masih menguasai Gunung Everest dan lokasi lain setinggi 8,000 meter, generasi baharu dalam dunia pengembara kini menumpukan perhatian ke sisi kawasan gunung itu yang tersebar di seluruh Nepal.

Negara tersebut mempunyai 462 puncak yang dibuka untuk pendakian, dan kira-kira seratus daripadanya masih belum pernah ditawan.

Pendaki veteran Perancis dan ketua ekspedisi, Paulo Grobel berkata, jika ada yang hanya berminat dengan ketinggian puncak, maka pilihan gunung untuk didaki sangat terhad.

“Tetapi jika anda terbuka kepada puncak sekitar 7,900 meter, potensinya sangat besar. Jika anda ke 6,900 meter, masih banyak puncak menunggu untuk diterokai,” katanya.

Musim luruh ini, Nepal telah mengeluarkan 1,323 permit pendakian dan pasukan kecil dan bebas kini tersebar di gunung-gunung terpencil yang kurang dikenali termasuk dari Perancis, Jepun dan Switzerland.

Di sana mereka memilih untuk mendaki dengan gaya alpine sebenar, sokongan minimum, tanpa oksigen tambahan, tanpa tali tetap, dan membawa semua peralatan sendiri.

Bintang pendakian Perancis, Benjamin Vedrines, 33, yang baru pulang selepas kejayaan pendakian pertama di Jannu East setinggi 7,468 meter bersama rakan senegara, Nicolas Jean memaklumkan konsep itu bukanlah baharu, namun kini semakin mendapat perhatian.

“Ia satu cabaran besar. Bagi saya, gaya alpine sangat penting. Ia berbeza dari segi kemahiran dan semangat dan pengalamannya jauh lebih mendalam,” ujarnya.

Vedrines percaya terdapat banyak peluang untuk pendakian alpine di gunung-gunung Nepal selain puncak tertinggi.

“Gunung-gunung ini mungkin lebih rendah daripada 8,000 meter. Mungkin masyarakat tidak begitu menghargainya, tetapi sebenarnya ia sangat menarik dan masih banyak yang belum diterokai,” katanya.

 

In this photograph taken on August 31, 2025, French mountaineer Benjamin Védrines sorts his climbing gear after an interview with AFP in Kathmandu. Nepal's mountains including Everest have long drawn climbers from across the world, but a growing community is exploring hidden summits promising solitude and the chance to be first to the top. The Himalayan nation is home to eight of the world's 10 highest peaks and welcomes hundreds of climbers every year, making mountaineering a lucrative business. (Photo by Prakash MATHEMA / AFP) / To go with 'Nepal-Mountaineering', FOCUS by Paavan MATHEMA

Vedrine menyusun peralatan pendakiannya pada 31 Ogos di Kathmandu, sebelum memulakan ekspedisi pendakiannya.

 

Perubahan ini berlaku ketika isu kelestarian, kesesakan dan komersialisasi semakin membentuk semula dunia pendakian.

Menurut,  pengurus Himalayan Database, Billi Bierling, merekod data ekspedisi semakin ramai pendaki di puncak 8,000 meter.

"Ia adalah perkembangan yang indah, pendaki muda yang berkemahiran tinggi kini mencari puncak lain yang lebih menarik. Diharap ia juga lebih selamat itu perkara seterusnya yang penting,” jelasnya.

Menurut pendaki dan pemandu Nepal, Vinayak Malla, banyak puncak sederhana di Nepal masih sukar dicapai. Bukan kerana terlalu mencabar, tetapi kerana terlalu terpencil dan akses di Nepal sebenarnya yang menjadi cabaran.

Namun, dari sudut positifnya ekspedisi kecil bermaksud pendaki tersebar di kawasan yang lebih luas, sekali gus membawa pendapatan pelancongan kepada lembah-lembah yang selama ini berada di luar laluan pendakian utama.

Pada bulan Ogos lalu, kerajaan Nepal telah memansuhkan yuran pendakian bagi 97 gunung sebagai usaha mempromosikan puncak-puncak yang kurang dikenali.

Jabatan Pelancongan Nepal, berbuat demikian sebagai langkah mempromosikan wilayah baharu untuk meningkatkan minat , infrastruktur dan tenaga kerja sokongan dalam menjalankan aktiviti tersebut.—  TheStar

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram