Meskipun hanya ditemui di Sabah-Sarawak, orang utan tetap tanggungjawab seluruh rakyat Malaysia


  • Nomad
  • Rabu, 05 Nov 2025

Hari Orang Utan Sedunia merupakan platform penting bagi yayasan untuk menyebarkan kesedaran pemuliharaan haiwan tersebut.

PEMULIHARAAN orang utan merupakan tanggungjawab semua rakyat Malaysia, walaupun haiwan itu hanya ditemui di Sabah dan Sarawak.

Ketua Setiausaha Kementerian Perladangan dan Komoditi, Datuk Yusran Shah Mohd Yusof berkata, adalah penting untuk masyarakat menganjurkan aktiviti kesedaran di Semenanjung Malaysia bagi memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap spesies tersebut.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Panduan rider ketika layan corner', pakar tekankan pentingnya hukum 'countersteering' berbanding 'tunduk udang'

BACA LAGI: Sekian 'Sakit lutut sudah haus?', amalkan senaman aerobik seperti berjalan, berbasikal atau berenang

 

Yusran Shah (kiri) melihat boneka orang utan yang comel di salah satu gerai pameran semasa acara di Taiping.

Buat makluman, orang utan Borneo (Pongo pygmaeus) telah disenaraikan sebagai Spesies Terancam Kritikal di bawah Senarai Merah Spesies Terancam Kesatuan Antarabangsa bagi Pemuliharaan Alam Sekitar (IUCN). Bahkan populasinya juga menunjukkan semakin menurun.

Bercakap pada acara sempena Hari Orang Utan Sedunia 2025 di Zoo Taiping dan Safari Malam Perak, Yusran Shah berkata: “Sambutan ini berfungsi sebagai jambatan kerjasama antara organisasi dan agensi di seluruh negara dalam menyokong pusat pemuliharaan orang utan.

"Acara yang dianjurkan oleh Malaysian Palm Oil Green Conservation Foundation (MPOGCF) dengan kerjasama Majlis Perbandaran Taiping itu menghimpunkan lebih 500 peserta daripada komuniti tempatan, agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO)."

Antara aktiviti lain yang diadakan termasuk sesi Zumba yang meriah, manakala acara utama ialah Fun Walk sejauh 2.5km yang melalui laluan indah di dalam kawasan zoo.

Turut disertakan kuiz dan aktiviti media sosial, manakala cabutan bertuah menawarkan hadiah seperti peralatan rumah.

Yusran Shah, yang juga pengerusi lembaga pemegang amanah MPOGCF melihat Hari Orang Utan Sedunia merupakan platform penting bagi yayasan tersebut untuk menyebarkan kesedaran pemuliharaan melalui pendekatan kreatif dan interaktif.

“Tahun ini menandakan kerjasama pertama antara MPOGCF dan Zoo Taiping serta Safari Malam, yang sinonim dengan usaha pemuliharaan hidupan liar.

“Perayaan ini mencerminkan komitmen Malaysia dalam mengimbangi pembangunan ekonomi dengan pemuliharaan biodiversiti,” ujarnya.

Beliau menambah bahawa MPOGCF memainkan peranan penting dalam menyelaraskan sektor minyak sawit dengan matlamat pemuliharaan.

Ia bukan sahaja meningkatkan imej minyak sawit Malaysia di peringkat global, tetapi juga membuktikan bahawa pertumbuhan ekonomi dan kelestarian alam sekitar mampu bergerak seiring.

 

The Orang Utan mingling at Taiping Zoo...--(3rd November 2025)--RONNIE CHIN/The Star

Orang utan adalah sebahagian daripada acara kemuncak pada Hari Orangutan Sedunia 2025.

Beliau turut memuji Zoo Taiping dan Safari Malam kerana berjaya menggabungkan pendidikan, pelancongan dan pemuliharaan, sekali gus menjadi contoh kepada agensi lain untuk memupuk rasa kasih terhadap hidupan liar.

Penjaga orang utan, Ahmad Rahimi Hasbi, 49, berkata kini terdapat lima ekor orang utan di zoo tersebut.

Masing-masing diveri nama Heaven (32 tahun), Veera (25), Wasabi (23), Katrina (22) dan Qaseh (6) dan Veera merupakan satu-satunya jantan dalam kumpulan itu.

Haiwan berbulu tersebut diberi makan tiga kali sehari dengan diet buah-buahan seperti kelapa, betik, pisang dan kismis. Adakalanya digantikan juga dengan makanan seperti durian, kacang, telur dan susu.

“Mereka diberi makan pada pukul 10 pagi, 2.30 petang dan 6.30 petang. Susu diberikan sebelum mereka dilepaskan ke kawasan pameran dan kembali ke sangkar untuk tidur,” jelasnya.

Ahmad Rahimi menambah bahawa orang utan mempunyai banyak persamaan dengan manusia.

“Mereka akan merajuk apabila kita pura-pura tidak beri makanan. Lepas itu kita bagi makan kena pujuk balik mereka. Ada juga yang menunjukkan kasih sayang dan memberi respon apabila kita bercakap dengan mereka.

“Selagi kita beri makan tepat pada masanya dan menjaga mereka dengan baik, mereka mudah diurus,” ujarnya.

 

Participants joining in the Funwalk session at the Taiping Zoo in conjunction of the World Orang Utan's Day ..--(3rd November 2025)--RONNIE CHIN/The Star

Fun Walk  memberi peluang orang ramai melihat orang utan sebagai acara kemuncak Hari Orangutan Sedunia 2025.

Ahmad Rahimi berkongsi antara cabaran terbesar dalam menjaga orang utan ialah mengelakkan mereka daripada melarikan diri.

“Mereka sangat bijak. Haiwan itu menemui ranting atau kayu, mereka boleh menggunakannya sebagai alat. Itulah cabarannya mengawal mereka sambil menguruskan kehadiran pengunjung,” jelasnya.

Seorang lagi penjaga, Mohamad Syafiq Amin Sharifudin, 28, yang menyertai pasukan itu dua tahun lalu, berkata Wasabi kini semakin rapat dengannya.

“Wasabi suka dimanjakan oleh saya. Pada mulanya agak sukar kerana mereka tidak mengenali saya sebagai penjaga dan enggan mendengar arahan.

“Selepas dua hingga tiga bulan, mereka mula mesra dan rapat dengan penjaga,” terangnya.'

Participants joining in the Q and A session at the exhibitors booths in conjunction of the World Orang Utan's Day.--(3rd November 2025)--RONNIE CHIN/The Star

Kuiz dan aktiviti menggabungkan keseronokan dengan kesedaran tentang pemuliharaan hidupan liar.

Sambutan itu turut menampilkan pameran oleh rakan strategik utama seperti Malaysian Sustainable Palm Oil (MSPO), Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC), Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Wildlife Rescue Unit, Sawit Kinabalu, Yayasan Pulau Orang Utan Bukit Merah dan Felda.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pertahanan yang juga ahli lembaga MPOGCF, Datuk Abdul Hadi Omar; Setiausaha Majlis Perbandaran Taiping, Hasmonaliza Hassan Basari; Pengarah Zoo Taiping, Dr. Muhamad Ridhwan Affendi; serta Pengurus Besar MPOGCF, Hairulazim Mahmud.— The Star/ANNABELLE LAWRENCE

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram