'Sakit lutut sudah haus?', amalkan senaman aerobik seperti berjalan, berbasikal atau berenang


  • Sihat
  • Rabu, 05 Nov 2025

Berbasikal merupakan antara senaman aerobik bagi mengatasi masalah osteoartritis.

MENJANGKAU usia tua, kebanyakan daripada kita pasti alami sakit lutut atau dalam erti kata lain menghidap osteoartritis di bahagian tersebut.

Pastinya ia suatu situasi yang tidak menyenangkan diri kita untuk menjalankan rutin harian.

Menurut satu kajian yang diterbitkan oleh The BMJ pada 15 Oktober 2025, bagi mereka yang alami masalah tersebut aktiviti aerobik seperti berjalan, berbasikal atau berenang merupakan senaman terbaik untuk menambah kesakitan dan kualiti hidup.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Panduan rider ketika layan corner', pakar tekankan pentingnya hukum 'countersteering' berbanding 'tunduk udang'

BACA LAGI: Sekian lama 'bersembunyi', ulat teksi kembali bermaharajalela di sempadan Malaysia–Singapura guna modus operandi berbeza

 

Osteoartritis berlaku apabila lapisan tulang rawan pelindung di hujung tulang haus, menyebabkan kesakitan.

Bagaimanapun, ini tidak bermakna senaman lain tidak bagus akan tetapi penyelidik menegaskan, pesakit tidak seharusnya menggantikan senaman aerobik sebagai strategi utama.

Osteoartritis berlaku apabila lapisan tulang rawan pelindung di hujung tulang haus, menyebabkan kesakitan, bengkak dan pergerakan yang terhad.

Walaupun terdapat anggota lain yang terlibat dengan sakit itu, lutut merupakan bahagian yang paling kerap mengalami osteoartritis.

Hampir 30 peratus individu berusia lebih 45 tahun menunjukkan tanda-tanda penyakit ini melalui imbasan X-ray . Separuh daripadanya mengalami simptom lutut yang teruk.

Senaman merupakan salah satu rawatan utama namun garis panduan sedia ada masih terhad, dalam memberikan maklumat khusus tentang jenis senaman yang paling sesuai disyorkan untuk pesakit osteoartritis lutut.

Penyelidik turut menjalankan kajian untuk menilai keberkesanan dan keselamatan pelbagai jenis senaman dalam menguruskan masalah lutut berkenaan.

Kriteria utama bagi menilai keberkesanan senaman termasuk peningkatan tahap kesakitan, fungsi, prestasi berjalan, serta kualiti hidup, yang dinilai dalam jangka masa pendek (4 minggu), sederhana (12 minggu), dan panjang (24 minggu).

Secara keseluruhan, senaman aerobik secara konsisten menunjukkan kebarangkalian tertinggi sebagai rawatan paling berkesan. Ia merujuk kepada kesemua 217 aspek hasil kajian, berdasarkan ujian klinikal yang dianalisis.

Berbanding kumpulan kawalan, senaman aerobik didapati berkesan dalam mengurangkan kesakitan jangka pendek dan sederhana.

Ia meningkatkan fungsi dalam jangka pendek, sederhana dan panjang, serta memperbaiki prestasi berjalan dan kualiti hidup dalam jangka pendek dan sederhana.

Kajian tersebut juga menunjukkan bahawa senaman minda-tubuh (mind-body exercise) turut membantu meningkatkan fungsi dalam jangka pendek.

Ini termasuk senaman neuromotor dapat membantu meningkatkan prestasi berjalan dalam jangka pendek, manakala senaman kekuatan dan campuran dapat membantu meningkatkan fungsi dalam penilaian jangka sederhana.

Tiada satu pun intervensi senaman yang menyebabkan kejadian buruk berlaku melebihi kumpulan kawalan. Ini menunjukkan bahawa terapi senaman merupakan pendekatan rawatan yang selamat.

Berdasarkan dapatan ini, penyelidik mencadangkan senaman aerobik sebagai intervensi utama (first-line intervention) bagi pengurusan osteoartritis lutut.

Ia terutamanya apabila matlamat rawatan adalah untuk meningkatkan keupayaan fungsi dan mengurangkan kesakitan.

Mereka juga menambah bahawa jika senaman aerobik tidak dapat dilakukan disebabkan had individu tertentu, aktiviti fizikal berstruktur yang lain masih boleh memberikan manfaat.— The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram